Oct 02

Kedai Kasut Murah

Lelong!Lelong! Murah!Murah!…..

Pompuan…pantang dengar jualan murah….cepat je terpengaruh. Mula-mula adik-adik aku yang bagitau ada kedai kasut tengah buat sale sampai 70%. Aku malas nak amik port. Tapi memandangkan dah lama tak beli kasut untuk pakai kerja….aku pun pujuk Pak Rashid gi terjah kedai kasut murah tu. Nasib baiklah…Pak Rashid ni jenis tak banyak kisah. Mana bini mau pergi, dia sanggup bawak…katanya….hahahahaha…

IMG 20140930 190441 Kedai Kasut Murah

Inilah untungnya bawak orang lelaki. Boleh tolong pimpin tangan sambil pegang barangan bini…hehehehe…teringat masa sopping kat Bandung dengan kawan-kawan opis. Teringat kat bos AOW. Bos ngan Keroll lah yang selalu tolong bawakkan barangan sopping kitaorang. Rindunya dengan Bandung…..

Mula-mula masuk ingat nak belikan kasut untuk Balqis je tapi sekali…..hamik ko…sampai 4 kotak aku tibai….Belum campur dengan kiriman adik beradik aku lagi. 

Murah sangat ke kasut kat kedai kasut tu?

20140930 192631 Kedai Kasut Murah

Inilah kedai kasut murah tu. Kedai kasut Viss kat One Utama. Bukan takat kasut jek…handbag pun ada jual gak.Selama ni dok lalu lalang je kat depan kedai Viss ni tapi tak pernah nak cuba masuk pun sebab kasut-kasut dia agak boleh tahan jugaklah harganya. Dah bila buat sales sampai 70%….semua mata terbeliak termasuk aku…hehehehe…..

20140930 192330 Kedai Kasut Murah

Macam-macam kasut korang boleh pilih. Ada kasut sneakers, kasut guni macam gambar atas ni…kasut tinggi, kasut flat yang sesuai sangat ngan aku. Aku memang tak biasa pakai kasut tumit tinggi atau tapak yang tebal tu. Dari zaman anak dara lagi aku tak biasa pakai kasut tumit tinggi. Kaki aku cepat lenguh.
20140930 192126 Kedai Kasut Murah

Sila cuci mata icon smile Kedai Kasut Murah20140930 194748 Kedai Kasut Murah 20140930 194821 Kedai Kasut Murah

Dah cuci mata…cuci perut plak. Thats why ai suka bawak Pak Rashid. Makan minum semua ditanggung. Hahahahahaha….anak-anak aku tengok mesti marah sebab makan tak ajak dorang. Kasi can Mama & Babah nak becinta icon smile Kedai Kasut Murah 

20140930 205009 Kedai Kasut Murah

Amik ko!!!Ni baru naik motor. Kalau naik lori tak tau berapa kotak kasut mau borong. Dan nasib baik jugak Pak Rashid tak citer banyak masa aku tunjuk kotak-kotak kasut yang aku dah beli. Pak Rashid pun kasi susun elok-elok kotak-kotak kasut ni atas motor dia. Yang penting ada ruang aku nak pelok dia…katanya….Ngeee…

20140930 205223 Kedai Kasut Murah

Dari niat nak beli sneakers anak dara aku…merebak-rebak beli untuk diri sendiri. terlebih-lebih pulak tu. Macam biasalah….stok setahun punya kasut…hehehehe….

PhotoGrid 1412085150777 Kedai Kasut Murah

Korang tolak harga sebenar tu dengan 70 %….Kasut guni tu jadi RM15 hengget je…ada ke lagi murah? Kasut sneakers ala-ala supra tu memang dah lama cari. Bukan takat anak dara aku…aku sekali terjebak suka…tapi semuanya macam mahal je…bila nmpk yang ala-ala ni…RM47 je pulak…apa lagi..kasi tangkap cepat-cepat….

Kedai kasut ni kat tingkat 1 (kalau tak silap) atau kalau korang dari old wing nak ke new wing tu…korang akan nampak Watson. Arah bertentangan Watson…jalan depan2 skit belah kiri korang akan nampak kedai kasut Viss tu….mudah? cepat pergi sebelum habis stok….Happy Shopping icon smile Kedai Kasut Murah

Sekian, 

Akak Gorjes 

Oct 01

Wordless Wednesday #051

20140921 170330 Wordless Wednesday #051

Kadang-kadang kita rasa geram (tgk muka aku je bukan jerawatku)
Kadang-kadang kita rasa takut (tgk muka majiah)
Kadang-kadang kita rasa terkejut (tgk muka moon)
Kadang-kadang kita rasa cool (tgk muka balqis)
Kadang-kadang kita rasa excited (tgk muka danial)
Kadang-kadang kita rasa relaks (tgk muka qayyum)

Kadang-kadang kita tak rasa apa2 (tgk muka Zara)

Macam-macam yang kita boleh rasa dalam kehidupan
Itulah perasaan yg ada pada manusia….
Jangan takut untuk bersuara walau kadangkala amat perit untuk kita dengar…

Janga takut luahkan apa yang terbuku di hati walau kadangkala kita dianggap kurang ajar…

Older posts «