Rumahku Syurgaku

Last month…Pak Rashid bawak kami anak beranak ronda-ronda kawasan perumahan baru kat Saujana Utama Sungai Buloh. Katanya, saja tengok rumah baru nak naik…Katanya lagi…kalau ada rezeki boleh beli sebijik…
Mula-mula Pak Rashid bawak kami tengok rumah contoh jenis “townhouse” kat Pristana. Cantik memang cantik tapi aku tak berkenan sangat sebab jenis atas orang lain duduk…bawah plak orang lain duduk. Dibuatnya dapat laki bini jenis kaki gaduh..tak ke naya. Mesti dengar dorang gadoh nanti. Dahlah aku ni jenis tarzan…nak menjerit marah anak pun jadi segan pulak nanti. Harga boleh tahan jugak…harga mampu beli lagi..tapi mem besar tak suka…acaner…hehehehe…
Pastu Pak Rashid tau mem tak puas hati, dia bawak pulak pegi lagi satu rumah contah kat area Saujana 3 “Phase 5”.
Dan-dan hati aku terus berkenan pada rumah jenis “Greenwoods” (rumah contoh). Tengok muka Pak Rashid macam bersinar-sinar je…ada harapan nak beli sebijik ni…hehehehe…tapi…Pak Rashid ajak balik pulak. Takde rezeki nampaknya.
Balik rumah, fikir punya fikir agaknya, Pak Rashid terus cakap nak try apply beli rumah. Minggu depanya kami terus jumpa salesman kat Glomac tu….kena bayar RM2,000 sebagai wang deposit katanya. Gigil kot nak keluar duit…huhuhuhu….
InsyaAllah, pelan-pelan kayuh. Banyak benda kena catu nanti. Takpelah aset masa depan untuk anak-anak jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge