Bawa Anak Jelajah Pusat Sains Negara

18-22 Ogos adalah cuti sekolah….

Rabu lepas aku dan suamiku amik cuti. Aku bercadang nak pergi satu destinasi yang dekat + murah @ free. Biasalah tengah2 bulan kan…hehehe…

Akhirnya, kami 4 beranak + anak sedaraku pergi melawat Pusat Sains Negara

 
 
Bergambar di hadapan Pusat Sains Negara..syokk tuu
 

Sebenarnya dah lama aku ingin membawa Farhana Balqis & Firhan Qayyum serta diri aku sendiri yang belum pernah menjejakkan kaki kesana lagi.

Seawal pagi kami bertolah dari Sg Buloh menuju ke Pusat Sains Negara.

Aku, Balqis, Qayyum serta Siti (anak sedara) teruja ketika mula-mula menjejakkan kaki kesana. Hubby aku buat biasa jer coz dia dah pernah g sana dulu..(berlagaklah pulak)
Fuyo!Fuyo!syoknyer gi situ..walaupun aku dah besar gajah..Macam-Macam Ada!!!!

Qayyum sedang mencuba organ manusia

Anak2 aku pun begitu excited….
Dekat 3 jam kitaorang kat dalam Pusat Sains tu..rasa cam tak larat jalan lagi.Lagipun perut masing-masing dah berkeroncong..kelaparan…

Then,kamipun pulang setelah membeli sedikit souvenier untuk anak-anak aku kat Pusat Sains. “Kat mana nak makan Yang”tanya suamiku kepadaku. “Kita makan kat Lake Garden tempat biasalah Bang…pastu boleh gi Tugu Negara lak”cadangku. “Ok”. Kami pun bertolaklah menuju ke Lake Garden tapi malangnya parking penuh. Alahai..kempunanlah aku nak makan nasi sedap kan situ. Pastu laki aku bawak g makan Ikan Bakar kat Tangling (kedai tu memang famous).. Lepas perut masing-masing kenyang..kamipun menuju ke Tugu Negara lak..

“Wah!!besarnya patung tu..Babah”

Ramai gak orang g Tugu Negara hari nie..tapi ramai visitor bangsa asing lah..Aku tinjau gak nasib baik ada gak orang Malaysia…Bukan aku tak pernah pergi Tugu Negara.. Dulu..waktu aku masih kecik..Babah ngan Mak aku selalu gak bawak kami adik-beradik gi sini. Kini giliran aku lak bawak anak-anak aku gi sana.

Tengah-tengah kami berposing kat Tugu Negara tu…lalu lak sekumpulan pelancong dari Jepun gamaknya…sambil lalu sambil tengok aku..ntahh apa yang dikatakan aku sendiri idok faham..tapi satu perkataan yang aku faham..Malaysia…

Mengikut pemahaman akulah..mungkin mamat Jepun ni kata.. “Tengok..orang Malaysia pun baru nak tengok Tugu Negara”..agaknyalah… Kalu betul apa yang dia kater..aku akan jawab.. “Eh!..Mr. Jepun..tolong sikit ek..aku dah banyak kali pergi sini da…aku just nak bawak anak-anak aku jer tengok Tugu Negara ni”..ok tak jawapan aku..hehehe.. Lagipun aku orang Malaysia..sukahatilah berapa kali aku nak pergi. Ada lagi peristiwa waktu kat Tugu Negara tu.. Waktu aku sedang berposing maut ngan anak-anak aku..ada lak pelancong dari China menyibukkan diri ambik gambar ngan kami..tapi malangnya hubby aku tak sempat nak ambik gambar tu..(jelaouslah tu…) Tak habis lagi…. Ada lagi pelancong dari China nak lagi bergambar ngan anak-anak aku lak…wah!!glamor gitu Aku tak faham apa yang dia cakap..cakap omputeh pun tak reti..ish!ish!ish!haru biru betullah.. Dah ambik sekeping..sibuk lagi nak ambik gambar ngan Qayyum lak..tapi Qayyum biasalah badmood coz dah terberak… Awat ramai benor yang berkenan ngan anak teruna aku nih.. Takper2 ada potensi jadi orang glamor nih…. dekat pukul 5 petang baru kami pulang…bersama-sama kenangan indah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge