Rangkuman Ucapan Harijadi

16 Disember 2008
 
Selamat Hari Jadi Maimun..Aku berdoa semoga kau akan dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi menempuh kehidupan di alam fana ini. Walaupun kita bekerja satu bumbung namun aku tetap mengingati kau sentiasa..Semoga persahabatan ini tidak akan terputus sampai bilabila. Hadiah kau akan ku titipkan satu hari nanti ek.
 
******************************************************************************************
 
20 Disember 2008
 
Selamat Hari Jadi Murni Adikku yang tercinta. Kakak harap dengan pertambahan umurmu ini akan mengubah kehidupanmu. Jadilah insan yang berguna dan berjasa pada semua orang. Kakak juga berdoa semoga umurmu makin panjang, rezekimu makin bertambah dan bertemu jodoh yang sesuai. Sayangilah keluarga-keluargamu yang sentiasa mendoakan kebahagianmu.
 
*******************************************************************************
 
24 Disember 2008
 
Cuti umum lepas jadual harianku padat dengan aktiviti…
Sekali lagi aku bawak anak-anak pergi menonton wayang Cicak Man 2 Planet Hitam..
Bagi aku lebih seronok dan mantap Cicak Man 1 dari Cicak Man 2
Jalan cerita kurang jer..cuma ditambah dengan watak di Rhama
lain-lain bagi aku biasa jer…apa-apapun anak-anak aku enjoy….itu lebih penting.
 
*******************************************************************************
 
27 Disember 2008
 
Selamat Hari Jadi Firhan Qayyum yang ke 4 tahun….
Mama berharap semoga Adik cepat membesar…
Dikurniakan kesihatan yang baik…
Jadi anak yang soleh…
Dimurahkan rezeki….
Mama Sayanggggg…Adikkkk…..
Rajin-rajin pergi sekolah tau…
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge