Nyawa kedua

Saya selalu ketandusan idea bila berada di depan PC sambil menguis-guis jari jemari hanya di papan kekunci sahaja. Tapi bila saya sedang menunggu Hubby saya datang menjemput saya..sambil saya melihat orang ramai lalu lalang..masa itu jugalah idea saya berlambak-lambak keluar.
 
Sejak musim Influenza A H1N1 kni kian menular di Malaysia saya juga kerap berapa tidak sihat. Baru 2 minggu lepas baik dari demam, batuk dan selsema..and now batuk dan selsema lagi. Wahai para Doktor-Doktar di serata pelusuk dunia..silalah cari penawar bagi penyakit ini. Saya bimbang dengan kematian yang semakin tertambah di Malaysia ini. Saya juga pelik mengapa ‘Mask” @ ‘Topeng Muka’ dijual pada harga yang tidak berpatutan. Ianya sepatutnya diberi secara percuma kepada rakyat bukan membebankan rakyat Malaysia. Kata 1 Malaysia…Saya raser jika ianya diberikan percuma pasti rakyat Malaysia akan menggunakannya..maklumlah benda percumakan. Jika dulu saya agak malu untuk memakainya, kini tidak lagi..keluar pi beli makanan pun saya pakai.
 
Saya pernah menghadapi saat getir hampir mati atau lemas. Masih kemas ingatan itu sehingga ke hari ini. Saya masih kecil ketika itu. Seperti biasa mak dan babah saya menghantar saya ke kelas mengaji dengan Tok Lebai yang garang sangat. Saya sangat takut dengan Tok Lebai Putih namanya sehingga suatu hari saya pernah buang ‘small water” ketika sedang mengaji kerana terlalu takut untuk mintak izin ke tandas. Apa lagi, habis saya kena sebat sebanyak 3 kali kerana mengotorkan tempat suci.Hehehe..Sambung balik…seperti biasa jugak apabila waktu balik kami akan beramai-ramai menggelupur nak balik cepat..satu hari cerita hantu begitu famous kat kampung saya..apa lagi semua budak-budak bertempiaran lari nak balik cepat. Dan disebabkan itu jugak, saya turut serta dan rusuhan balik mengaji tu tanpa menunggu babah saya jemput seperti biasa. Dalam berlari pecut melalui jambatan yang usang lagi reput tiba-tiba saya terbolos. Rupa-rupanya jambatan usang lagi reput itu turut berlubang-lubang jugak.Nasib menyebelahi saya, saya sempat berpaut. Saya apa lagi menjerit-jerit mintak tolong dalam kepekatan malam..nasib baik suara saya yang kecil itu didengari oleh seseorang. Lalu saya di papah keluar dari lubang yang muat-muat badan saya jer. Saya sempat melihat wajah orang yang menolong saya itu lalu saya ucapkan bebanyak terima kasih. Sehingga ke hari ini saya tidak berpeluang jumpa dengan abang tu lagi. Kalau dia tahu..saya ucapkan beribu terima kasih kerana menyelamatkan saya, jika tidak mungkin saya sudah lemas dan hanyut. Saya bersyukur sehingga ke hari ini saya masih bernafas demi kehidupan yang seterusnya.
Apa yang saya bebelkan ini kan..saja mengisi ruang masa sambil menunggu hubby jemput tapi hakikatnya Epilog Hidup saya masih panjang lagi..insyaAllah. Masih banyak yang harus saya tulis untuk tatapan anak-anak saya nanti sebab saya tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge