Cari Ilmu

2 bulan lepas aku tergerak hati nak belajar buat kapkek @ cup cake. Sebab pertama aku minat sangat dlm pembuatan kek ni. Sebab kedua anak-anak aku pun minat jugak makan kapkek ni dan sebab ketiga aku memang hantu kek. So, aku mintak izin mr. hubby nak p belajar then dia izinkan aku. Dengan berbekalkan semangat waja dan cekal serta wang tunai sebanyak RM150.00 aku pun bulatkan hati p kat Kedai Kek LMC kat Sg Buloh. So excited and tak sabar nak p belajar dengan Chef Asma nama cikgunya. Kelas start kol 10 a.m sampai ke 5.30 p.m. Kat kelas tu dapatlah kengkawan baru yg rata-ratanya agak berusia tapi takper byk idea leh kongsi. Mula2 sekali kami diajar cara2 membuat Choclate Moist Cake. Tengok cam senang jer Chef tu buat..yelah mixing machine dia pun leh tahan canggih n besar. Mixing aku yg murah jer. Dari situ baru aku tau bagaimana cara pembuatan kek dihasilkan. Kita takleh hentam jer nanti kek tak jadi. Peh tu Chef ajar wat Fresh Fondant (Gula-Gula Lembut) lak..nampak juga macam senang..memanglah senang dah Chef yang buat kami ni tengok jer. Semakin lama semakin seronok. Pastu belajar wat ButterCream lak..nampak senang jugak. Dan time yang paling aku suker. Buat decoration kat kapkek yang dah siap bakar tadi. baru aku camner dorang wat kapkek yang cantik2 tu..cam gini rupernya. So balik ni aku nak try wat kek dia dulu…deco2 ni nanti2lah…
 

Inilah hasil decoration yang aku belajar…ada banyak sebenarnya tapi cukuplah ini 5 yang paling top.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge