Percutian ke Jakarta & Bandung 2010 (Part 1)

Pertama kali bawak family menjejakkan kaki ke luar negara. Banyak persediaan yang sudah dilakukan. Alhamdulillah..perjalanan kami ke Jakarta-Bandung selama 6 hari 5 malam (6H5M) berjalan lancar walaupun adik kecik saya demam sepanjang bercuti kat sana.

Abah aku relak je sebab dah pernah naik kapal terbang. Mak pun pestime juga naik kapal terbang…

Qayyum tak tidur pun sepanjang penerbangan ke Jakarta. Dia memang menikmati permandangan sungguh…

Hari Pertama (14.1.2010)

Pertama kali ke luar negara (walaupun dekat je). Pertama kali menaiki kapal terbang. Walaupun flight Air Asia delay hampir 2 jam, tepat jam 9.30 pagi, kami tiba di Lapangan Terbang Soekarnao Hatta, Jakarta, Indonesia. Rombongan Cik Kiah seramai 12 orang. Aku, Encik Suami, Balqis, Qayyum, Babahku, Emakku, Adikku Moon, adik sepupu Pira, kawan kami, Tiara dan Ina. Aku tidak sabar-sabar nak berjumpa dengan pak supir yang memang telah aku maklumkan dari Malaysia lagi. Rupa-rupanya pak supir aku tu dari pagi dah siap sedia menanti kami. Ku pikir pak supirnya udah tua rupa-rupanya masih ganteng dan kecil molek ajer orangya. Namanya Pak Tatang. Asal Bandung. Nombor telepon +628157112749. Umur 36 tahun. Sila hubungi dia jika berminat menggunakan perkhidmatannya. Kemudian kami dibawa dengan Van Pregio. Memang besar van Pregio tu. Muat untuk kami 12 orang tu. Kos pengangkutan kami selama 6H5M dari Jakarta ke Bandung dan Bandung pulang ke Jakarta cuma Rp4.6 juta. Berbaloi tak?

Masing-masing muka teruja….tak sabar nak lihat negara orang….

Selepas selesa dengan tempat duduk masing-masing, Pak Tatang bawa kami ke Restoran Sunda untuk menjamu selera malangnya kedai belum beroperasi sepenuhnya. Kiranya kami pelanggan pertama doranglah…hehehehe…

Ko tengok akak gorjes….siap bawak kalkulator lagik….hahahahaha…senang nak bahagi-bahagi duit nanti…

Memang cantik dekorasi Restoran ni. Rasa nak duduk lelamer jek… 

Dugaan sungguh percutian pertama kali ke luar negara ni. Adik aku, Moon tiba-tiba demam. Kebetulan masa kami ke sana, cuaca disana hujan je. Mak akulah paling risau. Yelah kat negara orang kan….takut apa-apa terjadi plak. Segala ubat kami suruh dia telan. Harap-harap keluar peluh dan rasa sihat sedikit.

Perjalanan dari Jakarta ke Bandung memakan masa dalam 3-4 jam. Jika jalannya macet (jam), maka lambatlah kami sampai. Nasib baik kami tiba hari Khamis..arus jalan pun agak lancar. Kalau nak tau lagi highway dorang ni macam highway kiter gak semua kat sana straight jek takder bengkang bengkok. Korang boleh lihat sepanjang perjalanan ke Bandung, ada sawah padi dan hutan belukar. Memang menakjubkan.

Lebih kurang mengharungi perjalanan selama 3 jam, akhirnya kami sampai ke kota Bandung. Kami terus dibawa ke hotel di Jalan Dago, Wisma Nova. Adik Moon yang uruskan semuanya. Hotel kami boleh tahan jugak murah. Kami tempah 2 Family Room dengan harga Rp376.000 (RM135.00). Moon, Tiara, Ina & Fira 1 blik. 1 bilik lagi aku, Encik Suami, Babah, Mak & 2 anak aku. Janji leh tidur jer..duit lebih leh shopping.. Lepas check in, masuk bilik, solat, kami keluar balik sebab dah tak sabar nak tengok bandar Bandung. Shopping time!!!!Nilah pompuankan….orang lelaki relaks jer…

Untuk pengetahuan korang jugak, jalan raya di kota Bandung ni bersimpang siur..takder line putih pun..main redah jek. Agak-agak nak cilok….bunyi je “pon-pon” (bunyikan hon). Agak-agak tak puas hati ngan orang sebelah makan line kiter..pon lagi. Orang Bandung takder marah punya…semua pemandu di Bandung ni baik hati dan penyabar orangnya. Sesak..sesak gak tapi kete still leh moving. Cuba try test kat Malaysia..silap haribulan kena tunjuk f&$*!!!

1 thought on “Percutian ke Jakarta & Bandung 2010 (Part 1)”

  1. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… 😉
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : – Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge