Percutian ke Jakarta & Bandung 2010 (Part 3)

Hari Kedua (15.1.2010), Bandung

Seawal jam 8 pagi Pak Tatang dah setia menanti kami depan hotel. Sangat efisyen pak supir ni..yelah..kan dah dibayar haruslah bagus servisnya. Hari ni kata Pak Tatang mahu bawa kami ke Pasar Baru Bandung. Awal betul kami sampai sebab kebanyakkan kedai belum beroperasi. Jika nasib baik, jika kami pembeli pertama…peniaga disana akan menepis-nepis duit atas jualan mereka. Katanya ‘pecah telur’…hehehehehe…pembuka rezeki barangkali.

Pertama kali sampai kat gedung sedemikian rupa…agak pening jugaklah. Tak tahu mana satu kedai harus dituju dulu. Akhirnya, kami berpecah 3 group.ย 

Kedai kesukaan kami dan murah bangat dong! Kedai kain Laskmi. Memang super best kain-kain lace kat situ. Dahlah murah…cantik bangat pulak ๐Ÿ™‚ Kat kedai ni je dah berejam. Biasalah temankan mak aku shpping. Puas belek sana belek sini…nasib baik beli.

Ingat yang tudung pink tu model tudung….hehehehehe….

Tolong abah kita pilih-pilih baju batik jawa ๐Ÿ™‚

Serius, korang akan rambang mata kot tengok barang-barang niaga kat Pasar Baru Bandung ni. Ada telekung, kain batik, kain lace, kain cotton, kain sulam, baju kebaya, baju ready made, beg dan banyak lagi.

Aku ingat aku sorang jek galak shopping, sekali tengok laki pun naik sama tengah beliย sarung kusyen bulu beruang untuk rumah baru kami nanti.Pandai gak dia beli ek..kain-kain dia tak layan sebab dia tahu bini dia terror bab beli kain ๐Ÿ™‚

Shopping sampai lupa makan…kami naik ke lantai 5 di Pasar Baru Bandung. Ada banyak kedai makan. Tapi harus hati-hati ya! Kami pilih makanan sunda. Memang sedap!

Lepas makan kami terus pulang ke hotel. Hati masih tak puas lagi nak shopping. Lepas berehat-rehat sebentar, kami ajak Pak Tatang keluar balik. Dia okey jek. Mak, Abah dan anak-anak aku tak mahu ikut. Dah capek tu ๐Ÿ™‚

Pak Tatang cadangkan kami ke gedung factory outlet, Grande. Kat situ shopping baju tidur paling best. Banyak pilihan dan murah sangat. Sepanjang jalan di Grande tu pun banyak factory outlet dari pelbagai jenama.

Kemudian, Pak Tatang bawa kami ke gedung topi keledar. Wow! memang super awesome ๐Ÿ™‚

Jadi jakun kami dalam Istana Helmet ni. Murah-murah kot harga dia.ย Giler kot kat Istana Helmet ni. Patutlah orang di Bandung punya helmet yang cantik-cantik. Laki aku pun turut terjebak. Siap beli satu helmet ala-ala ARC.

Lepas balik dari Istana Helmet, aku suruh Pak Tatang bawa kami ke Perfume Shop. Tupun kawan aku yang bagitau. Dia kata kedai perfume tu murah dan sebijik original ๐Ÿ™‚

Kawan aku kata, kalau ke Perfume Shop…cari si tukang bancuh minyak wangi bernama Eddy S. Tulah dia Mas Eddy S. Mesti dia rasa glamer sebab orang Malaysia kenal dia…hehehehehe….Tapi bukan dapat diskaun pun…huhuhu…aku beli stok setahun punya perfume ๐Ÿ™‚ย 

Hampir jam 7 malam kami pulang ke hotel. Kami suruh Pak Tatang bawa kami kedai makan padang paling murah. Memang kedai murah betul dibawakknya…hehehehehehe…Kami tapau je makanan. Balik hotel, usai semuanya makan sambil tengok tv. Aku tertarik dengan iklan di Indonesia. Kebanyakkan iklan mereka berkonsepkan keperihatinan rakyat mereka. Semua model adalah rakyat tempatan.ย 

Malam kat sana memang terasa panjang. Celik-celik mata…tengok jam baru pukul 4.00 pagi…huhuhuhu…tak sabar nak sambung jalan-jalan…

Apa yang patut korang tahu tentang Bandung :

Semua parking di kota Bandung ni dikenakan tips. Setiap kali parking kena bayar dalam rp3000 lebih kurang RM0.50 sen je duit Malaysia. Murahkan jika dibandingkan dengan parking kat Malaysia ni.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge