Percutian ke Jakarta & Bandung 2010 (Part 7)

Hari kelima (18.1.2010) Jakarta

Hari kedua di Jakarta, Pak Tatang membawa kami ke Tanah Abang. Aku bayangkan Tanah Abang ni macam tanah lapang. Rupa-rupanya pusat membeli belah. Lebih kurang macam Pasar Baru Bandung cuma di Tanah Abang lebih tersusun dan berkualiti. Mood shopping dah semakin kureng sebab ongkosnya pun dah menipis…hehehehe…Aku mula mencari kiriman Kak Fieda dan Tini. Dorang nak beg tangan. Aku memang lemah sikit bila nak pilih barang orang ni…fobia…takut tak kena citarasa plak. Balqis plak dah merengek-rengek dah beg beroda. Memang berbaloi dan murah sangat kat Tanah Abang tu. Aku tak lama pun kat Tanah Abang. Risaukan adik Moon yang tinggal sensorang kat hotel tu.   

Possing dengan Abah depan Mangga 2

Lepas tu Pak Tatang bawak kami ke Mangga 2. Shopping Mall jugak tapi agak padat dengan manusia. Maklumlah…hari cuti. Memang rasa tak selesa. Ada cerita kelakar ketika di Mangga 2. Kebetulan waktu lunch kami sampai situ…perut pun dah lapar. Kami kalau boleh nak jimat lagi. Suruhlah Pak Tatang carikan kedai makan yang kedai tapi murah. Diapun bawaklah kami ikut pintu belakang Mangga 2 tu…agak jauh jugak kami menapak. Sekali nampak macam satu lorong yang banyak gerai. OMG! dah macam lorong tikus. Pak Tatang kata, disini makanannya murah sekali. Kami dah tergelak-gelak. Nak sangat kedai murahkan!! Apa lagi…angkat kakilah kami. Taknaklah makan situ, sat gi termakan benda terlarang tak balik Malaysialah pulak esoknya. Kami terus makan A & W dalam Mangga 2 tu….selamat dan terjamin sikit.

Kemudian, kami ke Sogo di Kelapa Gading untuk membeli kiriman sepupu di Levi’s.

Guess di Jakarta

Masih ada masa berbaki lepas hantar mak dan abah balik ke hotel. Pak Tatang menawarkan diri mahu hantar kami ke Hard Rock Jakarta. Hard Rock Malaysia pun tak pernah jejak….hehehehehe….

Tak membeli pun saja jalan-jalan je …

 

Dah penat satu hari berjalan…kami pulang ke hotel. Malam tu kami tak keluar pun. Simpan tenaga untuk pulang ke Malaysia esok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge