Resepi Rendang Daging

Firhan Qayyum memang sukakan Nasi Impit. Makan hari-haripun takper. Hari ni aku buat rendang daging sebab ayam dia masih belum boleh makan takut gatal balik luka dia. Raya-raya Cina ni aku buat rendang ketupat plak 🙂 Resepi dari Mak tersayang. Sumpah..ini first time aku masak rendang. Selalu tolong maka kacau rendang jek..hehehehe….

Bahan-Bahan :
 
1 kg daging (dipotong kecil-kecik)
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
5 batang serai*
2 biji bawang besar*
5 biji bawang putih*
3 sudu cili kering yang dikisar
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa (diperah santannya)
garam & serbuk perisa (ikut citarasa sendiri)
1 sudu besar gula
2 sudu kerisik kelapa
 
* bahan-bahan dikisar.
 
Cara-cara :
 
– Masukkan *bahan-bahan yang dikisar, daging & cili yang dikisar. Biarkan sehingga melegak dan agak kekeringan.
– Masukkan garam, gula & serbuk perisa. Biarkan.
– Bila kuah semakin kering, masukkan santan kelapa dan kerisik tadi. Biarkan hingga daging empuk. akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
 

1 thought on “Resepi Rendang Daging”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge