Resepi Kentang Goreng

Petang-petang yang suam-suam kuku nie…lapar pulak perut. Nak keluar pi beli makanan..sangat malas. Tengok kentang tak berusik-usik dalam peti gobok tu. Aku potong-potong buat kentang goreng.

Bahan-Bahan :


2 biji kentang (basuh bersih-bersih tanpa membuang kulitnya. Potong memanjang)
1 biji telur
5 sudu tepung kfc (aku guna tepung fried chicken brand Nona) 

Cara-cara :

– Rebus Kentang tersebut. Jangan terlalu lama. Letak sedikit garam. Toskan.
– Gaulkan dengan telur. Kemudian salutkan dengan tepung fried chicken.
– Kemudian goreng hingga garing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge