Resepi Agar-Agar Milo

Bila weekend jek baru rajin nak turun dapur…selalu balik keje..mak dah sediakan semuanya. So, sekali sekala aku plak turun dapur. Last weekend searching intenet…nak cari resepi2 untuk deserta..bukaklah blog Abg Mat Gebu.Mak aku memang suker nor ngan agar2 milo ni…so saper nak try pi amik kertas ngan pen. Salin resepi ni…
 
 
Bahagian Lapisan Atas (Milo):
 
10 gm agar-agar tali
3 cawan air 
1/3 cawan cawan gula
3/4 cawan Milo
 
Bahan Lapisan Bawah (Susu):
 
10 gram agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan gula
beberapa titik esen vanila
 
Cara membuat:
 
  1. Lapisan Milo : Satukan semua bahan2 di atas kecuali Milo. Kacau rata dan masak hingga suam,   masukkan Milo, kacau  hingga Milo dan agar2 tu larut dan mendidih. Guna api sederhana. Matikan dan tuang dalam bekas (ikut citarasa sendiri). Tuang setengah sahaja. Biar beku sekejap. 
  2. Lapisan Susu : satukan semua bahan2, kacau rata dengan whisk dan jerang hingga larut dan mendidih. Matikan api.
  3. Apabila dah beku lapisan Milo, keruk2 sikit atas permukaannya. Kemudian tuang lapisan susu tersebut. Biarkan ia beku. Dah siap..

Cubalah…aku punya dah ubah sikit2 resepi dia…korang leh polow sesaper punyer resepi jek…sedappp….Selamat Mencuba!!!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge