Resepi Black Pepper Spaghetti

cerr teka..cerr teka..aku nak masak per?? Mestilah spageetikan tapi aku guna jenis linguine..hentam sajalah…
 
Memang dah lama benor nak buat spagetti black pepper ni..tapi ada jek halangannya. Kali ni aku mesti buat gak..kalau tak kesian anak tekak ni ngidam…
 
Resepi digodek dalam AKU BUKAN CHEF dan ditransform mengikut selera aku….
 
Bahan2 : (Anggaran makan untuk 2 orang)
 
  • spageeti (direbus dahulu)
  • 3 sudu makan daging kisar
  • 2 biji bawang besar (dicincang dadu)
  • 4 biji bawang putih (dicincang dadu)
  • 2 sudu cili padi yang dikisar
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili padi kisar hingga garing.
  3. Masukkan daging kisar.
  4. Apabila sudah garing, masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam.
  5. Kemudian masukkan spaghetti dan gaulkan.
  6. Sedia dihidang.
* Garam tidak diperlukan sebab sos tiram dan kicap dah masin. Nanti kena darah tinggi plak…Selamat Mencuba!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge