Trip ke Bandung 2010 (Part 1)

Lapangan Terbang Bandar Husein Sastranegara Bandung

Setahun sampai 2 kali kami ke Bandung. Inipun sebab memenuhi kehendak Adik Moon. Masa pergi awal tahun ritu kan dia demam sepanjang 6 hari kami kat sana. Tapi kali ni kami turun di Bandung pulak sebab masa 5 hari 4 malam je kami di sana. Kali ni pergi cuma aku, laki aku, Adik Moon, Adik Azie, sepupu kami Kak Maria dan anaknya Siti. Kami masih menggunakan perkhidmatan Air Asia ternyata lebih murah…poyosss…

Dan kami dah contact Pak Tatang dari Malaysia lagi. Tup..tup..yang datang orang lain…sepupunya katanya. Memang sedikit frust sebab kami dah biasa dengan Pak Tatang. Tapi apa boleh buat redha jelah dengan Pak David ni. Orangnya agak pendiam tidak seperti Pak Tatang yang peramah.

DSC_0291

Pasport dah ready to go 🙂

Kali ni aku pergi tanpa anak-anak. Ala-ala honeymoon gitew…hehehehehe…

Alhamdulillah. Sampai jugak kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung. Airport di Bandung ni kecil jek.

Yok!!!tak sabar nak shopping….

Kami disambut oleh Pak David. Walaupun terkilan tak dapat jumpa Pak Tatang…Pak David pun ok gak. Kami dibawa ke hotel terlebih dahulu.

Bab accomodation aku serahkan pada Adik Moon untuk uruskan. Kami memilih Hotel Karmila. Hotel Karmila ni terletak di tengah-tengah kota Jakarta. Dekat dengan Pizza Hut dan KFC.

Kali ni pergi pun kami tak buat itenary. Hentam je…ikut kami mana nak gi… 

Ikan Bakar Pak Chi Med

DSC_0332-001
Usai selesai segala urusan di hotel, Pak David bawa kami makan. Kami suruh Pak David bawa tempat makan yang top dan berpatutan. Kami taknak makan Nasi Padang. 
Langsung kami dibawa ke Ikan Bakar Pak Chi Med. Nama kedai pelik. Tapi kedai memang kerlassss. Cantik dan nyaman sekali. Apa yang sedap kat Ikan Bakar Pak Chi Med ni? Pak David kata Gurame Bakar sedap. 
DSC_0349
Kebiasaannya, kami akan taja makan untuk Pak Supir sekali. Senang sikit nak suruh hantar siang malam nanti…hehehehe… 

Sambil menunggu makanan…possing dulu ye….
Memang tak rasa rugi makan di Ikan Bakar Pak Chi Med ni. Memang sedap-sedap makanan di Ikan Bakar di Pak Chi Med. Selain Gurame Bakar yang femes disini….Es Campur pun sedap jugak. Istimewanya ada nangka dalamnya. Nyaman sekali.
Harga di Ikan Bakar Pak Chi Med jugak berpatutan. Bayangkan untuk 7 orang makan cuma Rp200 ribu jek (lebih kurang RM80 hengget)
Kalau korang ke Bandung, jangan lupa singgah ke sini. Aku asyik teringat-ingat je ni…

Rumah Mode
Lepas makan, kami suruh Pak David hantar ke Rumah Mode. Memang tak jemu kalau ke sini. Macam-macam ada…
Amboi!!Kak Melah…Kak Temah…Kak Enon…sakan memilih ye 🙂
Puas hati memasing dapat beli baju memasing….tak tahulah nak repeat berapa
kali plak kat sini…Tak banyak pun yang kami borong disini. Beli apa yang berkenan jek…udah capettt……
Sekian laporan dari mbakk alin…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge