Trip ke Bandung 2010 (Part 3)

Hari Ketiga Trip ke Bandung.

Pasar Baru, Bandung

Kedai belum buka kami dah sampai 🙂 Pasar Baru Bandung ni memang haven. Macam-macam korang boleh cari. Sekali/Sehari pergi memang tak cukup. Itu akulah…hehehehehehehe….

Hati-hati dengan beg tangan korang. Selagi boleh silang/sorok…sila buat demi keselamatan. Sesungguhnya Pasar Baru Bandung ni memang ramai manusia. Kata Pak Supir, bila hujung minggu, ramai penduduk Jakarta turun ke Bandung untuk liburan.

Tempat pertama kami tuju ialah kedai telekung. Telekung di Bandung memang berkualiti dan cantik sangat. Naik juling biji mata memilih mana yang berkenan. Yang beli masa gi ritu pun tak pakai lagi. Sayang katanya. Kali ni aku cari telekung jenis kain cotton. 

Lepas habis borong telekung, terus menuju kedai kesayangan aku, Kedai Laxksmi. Terkenal dengan kain lace yang murah dan berkualiti. Boleh bargain lagi. Tokey Laxksmi ni orang India (ala-ala Hindustan) rupanya tapi bisa ngomong Indon 🙂 Memang banyak jugak aku borong kain lace dan kain cotton Jepun buat bekalan 2-3 tahun…..

Disebabkan pemergian kami ke Bandung kali ini lebih fokus untuk mencari baju pengantin adik Moon, banyak jugak kedai kami tawaf tapi masih belum jumpa apa yang dia berkenan. Ada lagi satu kedai kain pengantin dalam Pasar Baru Bandung ni, memang cantik-cantik dan harga juga sangat cantik. Kat situ juga Moon ni berkenan…hentam saja….

Habis tawaf berlantai-lantai kat Pasar Baru Bandung, kami tawaf bahagian bawah pulak. Aku tak ingat lantai berapa. Tapi kat bahagian bawah lagi penuh orang. Jalan pun berselisih bahu. Memang happening! 

Aku tak taupun ada banyak kosmetik/barang solek yang kat Malaysia jual mahal giler….kat Pasar Baru Bandung ni murah gilerrrrrr…Apa lagi…2 orang adik aku yang minat make up tu memborong bagai tak hengat!!!….hehehehehe….Tapi promoter kat situ memang baik bangat dan cantik-cantik plak tu…..

Dah habis shopping, baru teringat perut lapar…hehehehehe….kat lantai Pasar Baru Bandung ni pun banyak kedai makan. Tapi aws!! kena pandai cari ek. Tak semuanya hahal. Kami cuba makanan Sunda lagi sekali. Gurame Bakar…yummeeyyyy!!! Harga? memang berpatutan. Paling sedap ialah Teh Botol 🙂

Perasan tak?? Gambar laki aku, satu pun takdak…hahahahahaha…nampak sangat tak suka gi situ….tolong angkat barang bini jelah…kekekekeke….

Jom sambung jalan lagi….

Istana Helmet, Bandung

Jika di Malaysia, kedai motor Welly pun tak hingin nak pergi kan….kat sini macam jakun masuk kedai helmet. Memang cantik dan murah sangat. Laki aku siap beli untuk Qayyum lagi…..

Pak David ni memang suka bawak kedai/restoran makan yang best-best. Memang kami udah pesan, mahu makan yang enak-enak. Semua tempat makan yang dia bawak sangat memenuhi citarasa tekak melayu kami. Malangnya aku tak ingat cafe makan yang dia bawak malam tu….

Paris Van Java

Ada banyak masa lagi lepas makan tu, so kami suruh Pak David bawak ke Paris Van Java. Nak sangat tengok…apa yang bestnya Paris Van Java tu. Pak David turunkan kami kat pintu masuk. Sementara Pak David cari parking, kami masuk jenjalan dulu. Lebih kurang shopping mall kat Malaysia je cumanya setingkat dan luas sangat. Macam-macam outlet branded ada di situ. Macam boring jeee….terus call Pak David. Dia pun terkejut sebab belum sempat dapat parking kami dah sudah jalan…hehehehehe…bosan pak…..jom pulang…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge