Trip ke Bandung 2010 (Part 4)

Hari Keempat Trip ke Bandung

Gasibu Sunday Shocking Market/Pasar Pagi Bandung

Hari ini kami mahu ke Pasar Pagi Bandung atau dikenali Gasibu Sunday Shocking Market atau Pasar Ahad Terkejut Gasibu. Memang korang akan rasa shock/terkejut beruk bila gi asar Pagi Bandung/Gasibu Sunday Shocking Market ni. Punya besar dan luas tapi selesa. Korang suruh je pak supir korang bawak ke situ…mesti dia tau..

Laki aku yang sangat nak kesini. Nak cari pesanan anak bujang dia tapi yang dibeli untuk anak pompuan plak…hehehehe…Macam-macam ada dijual disini. Memang besar pasar ni…dah macam pasar sekampung pulak.

Memang seronok berada di Pasar Pagi Bandung/Gasibu Sunday Shocking Market. Barang-barang ada yang lebih murah dari Pasar Baru Bandung.

Penat nak jalan, boleh naik kereta kuda ye. Seround cuma RM10 hengget jek..

Fenomena biasa di Bandung. Pengamen memang bersepah sekitar kota Bandung. Apatah lagi seniman jalanan. Sambil nyanyi sambil jalan. Awas!! Sila Berhati-hati dengan pengemis/pengamen di sana. Sorang korang derma…berduyun-duyun dorang serbu korang.Satu lagi, jalan terkejut kalau tengok orang jual kain ela dan rim tepi jalan je. Tak payah ada kedai. Macam-macam dorang boleh jual kat kaki-kaki jalan Bandung.

Cihemplas

Lepas berpuas hati di Pasar Pagi Bandung/Gasibu Sunday Shocking Market, kami ke Jalan Cihemplas pula. Sebenarnya tak best sangat pun tapi saja nak bawak Kak Maria dan Siti tengok jalan yang penuh dengan patung superhero yang besar gedabak. 

Kalau korang adalah peminat Superhero atau Superwoman, boleh cari barangan kesukaan korang disini. Ada outlet Superman, Batman, Spiderman, Ramboo dan macam-macam lagik. 

Ada jugak barangan unik seperti tumb lighter. Nampak real. Ada yang lebih dasyat pun ado….. 

Jangan lupa suruh pak supir korang bawak kesini. Dah alang-alang sampai Bandung, tempat wajib pergi walaupun cuma bergambar 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge