Trip ke Bandung 2010 (Part 5)

Hari Kelima Trip ke Bandung

Hari terakhir di kota Bandung. Sedih plak nak meninggalkan bumi membeli belah ni. Sebelum balik sempat ronda-ronda Rumah Mode lagi. Ada je yang tertinggal…hehehehehe…

KartikaSari Bandung

Kalau ke Bandung, tak membeli buah tangan memang tak sah. Lebih-lebih lagi kek di Kartikasari. Memang kerlas kedai Kartikasari ni. Besar dan selesa. Kat Malaysia memang takde kedai kek segedek ini 🙂

Adik aku menggiler tengok cookies yang comel-comel sangat dan unik rekabentuknya. Aku gila makanan yang ada cili padi tu 🙂 Coklat kat sana pun comel-comel tapi agak mahal.

Percutian yang menyeronokkan sebab adik Moon sihat je sepanjang di Bandung tak macam dulu….hehehehe….Alhamdulillah…semua settle dengan jayanya. InsyaAllah, ada duit..ada umur yang panjang, bolehlah ke Bandung lagi. Memang tak jemu ke sana…hahahahahaha…Terima kasih buat Pak Davit, supir kami….sudi menjaga kebajikan dan perut kami di sana. Panjang umur jumpa lagi…

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge