Resepi Biskut Oat Choc Chip

Mood nak buat something sudah tiba!!!Jangan lengah-lengah Alin Marlini. Nanti bersarang buku resepi awak. Sebenarnya atas permintaan anak dara Alin yang ternampak resepi yang dicilok dari laman Hana. Semangat berkobar2 nih…
 
Mula2 adik Qayyum bohhlayan…bila makan satu nak lagi…..ngeh..ngeh..sedap dia kata…. 
Biskut ni rangup…tak jemu makan…mekacihlah Hana
 
Bahan-bahan :
 
1 cwn butter
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
2 biji  telur (Alin guna gred A)
1 tsp  esen vanilla  
2 cwn tepung (Alin guna tepung selfraising)*
1 tsp  baking soda*
1 tsp  baking powder*
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
2 1/2 cwn oat (diblender halus)
12 oz coklat cip (Alin guna 1/2 cwn)
9 oz coklat cadburry (diparut)(guna coklat rice pun boleh) (Alin guna 1 bar)
1 cwn badam/gajus/hazel (cincang) (dibakar) (Alin guna 1/2 cwn jek) 
 
Cara-Cara:
 
1. Panaskan oven selama 10 minit. 
2. Putar butter, gula pasir & gula perang hingga kembang.
3. Masukkan telur & esen vanilla. Putar lagi.
4. Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan dalam adunan butter tadi.
5. Masukkan coklat cip,cadburry & badam. Gaul rata.
6. Gunakan sudu masukkan dalam dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 170’c selama 25-30 minit.
U all cubalah…pasti sedap…separuh lagi kena simpan nak bawak opih. Kalau tak simpan takut habih nanti 🙂
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge