Resepi Puding Roti

Puding roti ni kak fieda yang ajar buat ms mula2 keje kat HSK dulu.
Senang & cepat. Material pon senang dapat. Hari tu masa department aku wat Jamuan Hari Raya, aku watlah puding ni, tak sangka ramai lak yang menyukainya..siap mintak resepi lagi. So, saper nak cuba boleh follow resepi nih…

Bahan-bahan:

1 buku Roti (Bonanza Size) (Potong 6)
1 biji Telur
1 1/2 tin susu cair

1 1/2 tin air
1 1/2 cwn gula (kalu nak manis boleh tambah)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam
Kismis (letaklah banyak mana yang anda suka..tidak jadi masalah)

Cara-cara:

1. Pukul telur bersama susu cair hingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla, garam, gula dan 1 tin air.
3. Masukkan roti dan ramas2 @ lenyek2kan (Jangan terlalu hancur)
4. Masukkan kismis dan gaul lagi.
5. Bakar dalam 60 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge