20.10.2010

Cantik kan nombor 20102010….susah nak dapat ni…Cantik nombor ini…secantik itulah kasih sayang aku buat Abahku tercinta. Hari ini..20.10.2010 adalah hari jadi Abah..Encik Matusan Bin Mohd Salimin yang ke 63 tahun. 
 
Alhamdulillah…Abah masih sihat walaupun kekadang sakit sengal-sengal tapi tetap tunjuk gagah perkasa. Itulah Abah kami 3 beradik.  Abahlah satu-satunya lelaki dalam keluarga kami. Ada Mak, Aku, Adik Tengah & Adik Bongsu dan Abah adalah Hero bagi anak-anak perempuannya.Abah juga wali bagi aku dan adik-adik.
Lelaki ini yang selalu dicintai
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu dipuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
 
Selamat Hari Jadi Abah. Doa anakmu sentiasa meniti dibibir ini setiap detik. Semoga Allah merahmati hidup Abah. Semoga Allah memanjangkan usia Abah. Semoga Allah memurahkan rezeki pada Abah. Abah memang The Best…buat selamanya. Orang sayanggggggg….Abah….
 

~ Abah tunggu ye..nanti kami buat suprise untuk Abah…tapi bukan hari ini tau….

1 thought on “20.10.2010”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge