Pembedahan Qayyum Berjalan Lancar

11.11.2010 (Khamis)

Hari kedua …

Alhamdulillah setelah bertarung 4 jam (dari 8.45 malam – 12.00 tengahari malam).

Pembedahan peringkat pertama Qayyum berjaya. Urat berjaya disambung. Tulang yang retak sudah diletak area tv (aku tak tau nak panggil aper) bagi menyokong urat2 yang terputus.

Doa aku tak putus-putus agar urusan buat Qayyum dipermudahkan Tuhan. Masa nilah baru teringat dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan selama ini. Dan aku tahu ramai lagi yang tolong mendoakan buat Qayyum. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Pagi itu, aku segera ke hospital. Tak sabar melihat hero hatiku.

Bila aku sampai je di wad Qayyum, dari jauh dah nampak aku datang, dia terus senyum. Leganya hati aku melihat senyuman manisnya. Hilang sekejap lara di hati. Tapi dia masih lemah dan menahan sakit sebenarnya. Aku tahu. Tapi dia tak tunjuk padaku. Mungkin takut aku akan menangis lagi.

Leganya hati lihat senyuman adik namun disebalik senyumannya penuh kesakitan.

Doktor menerangkan jika kaki Qayyum kelihatan merah dan sihat maksudnya pembedahan tersebut berjaya. Tetapi jika kaki Qayyum kehitaman, pembedahan tersebut tidak berjaya dan kemungkinan kaki Qayyum akan dipotong. Allahuakbar!!!

Ketika itu, Tuhan saja maha mengetahui apa yang aku rasa. Kata-kata doktor memang selalu menyakitkan.

Akukan takkan berhenti mengalah. Aku akan terus berdoa setiap saat buat kesihatan Qayyum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge