Terima Kasih Pelawat

13.11.2011 (Sabtu) & 14.11.2011 (Ahad)

Hari keempat & kelima …

Syukur. Dari hari pertama, tak berhenti orang datang melawat Qayyum. Tak berhenti orang mendoakan buat Qayyum. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan korang.

Dan babah masih setia menjadi penghuni wad kanak-kanak jugak. Betapa besar pengorbanan seorang suami dan babah.

Qayyum pun naik pelik sebab hari-hari ada orang melawat dia.

“Mama … kenapa orang asyik tengok adik jek?”

“Adik kan artis .. tu pasal semua orang datang tengok adik” jawab babah.

Semakin hari Qayyum semakin ceria. Babah kata sepanjang malam dia tak banyak masalah dan kerenah sepanjang di wad kanak-kanak tersebut. Takde merengek. Takde menangis. Cuma bila waktu nak tidur … disuruh urut kaki … disuruh garu badan … babah layan je.

Sudah muak makanan hospital, Qayyum mintak sambal. Aku masakkan sambal kosong dan bubur. Kadang-kadang nasi. Makannya masih berpantang supaya lukanya cepat sembuh. Aku belikan gel gamat Healin. Khasiatnya supaya luka dalaman cepat sembuh dan menguatkan tulang. Setiap hari aku berdoa agar ada keajaiban akan berlaku pada Qayyum.

Sebelum ni 3 katil di wad Qayyum semuanya baby. Hari itu ada budak dalam 10 tahun masuk ke wad sama ngan Qayyum. Barulah Qayyum ada kawan. Dialah selalu temankan Qayyum dan berbual dengan Qayyum. Alhamdulillah. Semakin ceria Qayyum.

Nasib ada PSP … taklah Qayyum rasa jemu. Kan tak boleh berjalan … bergerak sangat pun tak boleh … bila layan PSP tu boleh hilangkan bosan dia.

Setiap kali datang ke hospital … aku akan bawa sesuatu untuk Qayyum. Bila nampak aku bawak barang mainan barulah dia tersenyum lebar. Berapa banyak duit habis? Aku dah tak kisah pasal kewangan janji Qayyum bahagia. Duit boleh dicari tapi bahagia tiada gantinya.

Sepanjang rutinku setiap akan ke hospital … aku amat berterima kasih buat mak, abah , adik-adik dan terutama sekali kakak Balqis. Terpaksa bersendirian menjaga diri sendiri di rumah bersama atuk dan nenek. Jumpa kakak Balqis seawal pagi dan lewat malam jer. Dah 5 hari jugaklah dia tak jumpa babah dan adik Qayyum. Nasib baik dia sangat memahami walaupun baru berusia 9 tahun. Terima kasih kakak kerana memahami situasi mama dan babah.

2 thoughts on “Terima Kasih Pelawat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge