Mama & Babah terpaksa keja sayang….

Hampir 2 minggu aku dan suami bercuti. Tiba masanya untuk bekerja semula. Alhamdulillah … nasib baik majikan aku dan suamiku memahami situasi kami suami isteri selama kami cuti.

Ketika itu macam-macam perasaan aku. Rasa nak ambil unpaid leave. Rasa nak resign pun ada. Namun, atas kata-kata semangat dari pelbagai pihak … aku gagahkan kaki untuk bekerja semula.

Qayyum … kami tinggalkan dengan mak aku untuk menjaganya disiang hari. Di malam hari tetap suami juga. Maafkan kami mak kerana terpaksa menyusahkan mak. Begitu besar pengorbanan mak buat kami sekeluarga.

Rutinya, setiap pagi aku akan menghantar mak ke hospital. Kemudian, aku dan suami akan ke tempat kerja menaiki motor yang memang kami tinggalkan di parkir hospital. Setelah 2 minggu kejadian, kami terpaksa gagahkan diri untuk menaiki motor yang meragut kaki Qayyum. Agak gentar, pedih, sedih bila mula memijak pedal motorsikal tersebut. Namun tiada daya kami untuk melawan takdir. Hanya itu satu-satunya kenderaan yang memudahkan kami untuk ke tempat kerja. Doa dan terus tawakal agar dijauhkan dari segala kemalangan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge