Pameran Setem 1 Malaysia 1 Dunia

Masih ingat masa sekolah-sekolah dulu aku rajin tukar-tukar setem ngan kengkawan. Siap ada buku setem lagi. Tapi masa takat setem Malaysia jeklah yang terkumpul. Kalau nak setem omputih, aku selalu tukar ngan kawan sekecil aku Lily. Dia selalu suruh bos bapak dia bagi kat dia. Aku pun buat muka kesian mintak kat dia…hehehehe…
Tapi buku setem tu dah hilang tak tahu kemana arah. Banyak jugak yang aku kumpul..Peh tu masa sekolah menengah sambung balik hobi tu..tapi on/off jek.
Dan sejak 2 tahun kebelangan ni baru berminat balik nak kumpul setem. Sebenarnya aku nak tarik minat Balqis & Qayyum. Aku rasa kumpul setem ni macam dah lapuk. Jadi aku selalu beli online jek kat Abang Halim Setem. Kat situ macam-macam setem ada. Boleh rambang mata tau. Dah lama aku tak order setem kat Abang Halim Setem.
 
Tup!Tup! tadi terima call dari Jabatan Muzium Negara. Terkejut beruk aku. Ingatkan aku ni nak dijadikan bahan sejarahlah pulak..kui..kui..kui..rupernya Abang Halim Setem yang bagi nombor tipon aku. Dorang kata weekend ni ada acara khas untuk pengumpul2 setem. So, sesiapa yang ada banyakkk koleksi setem..boleh join. Aku cakap..aku ada 2 buku 1/2 jek…kikikki…ada berani suruh aku join? Malu sehhh!!!!takat ada 2 1/2 buku jek nak tayang kat orang lain. Bestnyer kalau aku banyak koleksikan??

Alin Marlini : Saper nak join leh hubungi pihak Muzium.

9 thoughts on “Pameran Setem 1 Malaysia 1 Dunia”

  1. haah kan..macam dah tak relevan hobi kumpul setem ni, tapi..bagi yg dah ada tu patut diteruskan…benda2 cam ni yg nilainya tinggi suatu hari nnti…lagi lama lagi klasik & lagi barvalue…teruskan..sokong2 ,join je invitation tu…

  2. Assalamualaikum Alin

    saya dulu2 masa sekolah rendah..ada 4 ke 5 buah buku…lepas tu tak tahu kemana hilang nyer
    sekarang nak kumpul duit ajer..he he

    Wassalam

  3. Dulu masa sek rendah pun suka tulis hobi mengumpul setem.Ada gak dalam 2 album..Lepas tu terus tak kumpul2 lagi..Best nya kalau dapat ikut program tu.. Baru tau boleh dapatkan setem dari abg halim..TQ

    Entri Terkini: Barang dah dapat..

  4. ab@h Izz : mmg rs cam tak relevan tapi bila ada org yg minat samer tu yg syok..

    Kak Ziana : kalau takder hal mmg nak pegi

    Abg Rozali :kiki..kumpul duit …gud2x..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge