Entri khas buat adik-adikku…

Aku ada 3 orang adik beradik jek…semua pompuan. Dulu masa kecik-kecik kamiorang selalu mintak kat mak adik lelaki. Tapi mak takmo kasi…hehehehehe…

Aku anak sulung tapi macam yang last pulak sebab aku ketot sikit dari adik-adik. Yang kedua adiktengahku Maziah @ Azie. Umur 28 tahun. Dah berkahwin. Yang ketiga adikkecikku Murni @ Moon. Umur 24 tahun. Belum berkahwin. Beza umur kami adik beradik 4 tahun sorang.
3 kerat jelah adik beradik aku. Sikit kan? Anak aku pun 2 orang..sikit jugak kan?huhuhuhu…
Aku rindu zaman kanak-kanakku bersama-sama adik-adikku. Rindu masa main masak-masak atas katil 2 tingkat. Rindu masa main mak-mak kat rumah lama kita. Rindu main teng-teng. Rindu main kurek kundi. Rindu main kedai-kedai. Habis semua daun pokok rambutan, pokok puding, pokong belimbing mak kita petik untuk dijadikan duit tipu-tipu.

Aku sayangkan adik-adik aku walaupun kekadang aku agak garang ngan korang tapi segarang-garang aku..korang lagi garang ngan aku kan…hehehe…

14 thoughts on “Entri khas buat adik-adikku…”

  1. Najwa : takder rahsia memang kerempeng…hihihi..blm ms nak besar lagi

    Munna : mekacih…sb kurus kot..

    Diana : 3 abdul…hehehe

    Sasa : Yg tgh sudah kahwinlah..yg baju merah tu ok lagi..hehehe

  2. fieza pun 3 beradik jgk suma pempuan…jarak dgn kakak 2 tahun…dgn adik byk tahun..tp ttp nmpk sebaya jgk…fieza pun plng ketot antara ketiga nya hehee..

    sonok kan nmpk sebaya je suma..mcm kwn2 pulak…saiz pun lbh kurang je..mesti rapat sgt2 ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge