DIY Landskap Rumah

Kadang-kadang aku tak pasti aku ni jenis kreatif atau syok sendiri. Tapi yang pasti kepuasan tu ada. Memang dari kecil aku suka sangat hias laman umah mak aku. Cari batu-batu pastu cat warna warni. Setiap kali raya, mesti aku dan kawan-kawan berlumba cat pasu bunga mak aku warna warni. Cantiknya……
Disebabkan jimat a.k.a kemut…aku putuskan letak batu-batu comel ni jek area jalan kaki nie…yelah..kalau tambah letak rumput hari tu..mesti tambah pulus lagikan…jadilah idea ni….
 
Dekat 8 beg beli batu-batu kecil tu…still tak penuh2 jugak…ikut kata Pak Rashid..semua nak letak batu putih..tapi Puan Isteri kata..kena campur ngan kaler itam..kalau tak nanti jadi kotor…kalau korang perasan kat tengah-tengah tu aku letak batu petak yang siap sedia (aku tak tau nak panggil per :))..Bila dah tabur batu-batu comei tu..tenggelam terus…
 
Macam biasa kami buat survey dulu bila nak beli batu-batu kecil tu…rata-rata kedai jual dari RM15 ke atas bagi kaler putih. Yang hitam lagilah upp….Satu hari…Encik Suami dapat satu kedai yang dapat harga murah sikit…
Kat kedai Lot 46, Kg Melayu Subang nie..leh dapat harga yang sangat berpatutan. Batu Putih satu beg RM10.00 yang Hitam plak RM18.00. Berbaloikan? Kat area Kg Melayu Subang nie memang berderet-deret kedai nursery…kena pandai survey jek…
Bukan takat batu jek…segala-galanya ada disitu…

Kalau kolam ikan ni memang idaman kalbu aku gak…terpaksa pendam dulu sementara tunggu kumpul dana 🙂

Aku memang idamkan lanskap yang cantik mata memandang..nak panggil contractor ..rasa-rasa cam tak mampu lagi…
Lagi satu bab menghiaskan lanskap rumah ni memang aku suka…suka beri arahan jek…yang buat Pak Rashidlah…ngeh!ngeh!ngeh!

13 thoughts on “DIY Landskap Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge