Bercuti di Melaka 2011 (Part 2)

Melaka River Cruise
Malamnya, kami dah berkobar-kobar nak naik bot merentasi sungai Melaka. Saja je nak naik waktu malam, suasana lagi menarik 🙂
Kami naik Jeti No. 8. Berhadapan bangunan Stadthuys. Tiket untuk dewasa berharga Rm10.00, manakala untuk kanak-kanak pula berharga RM5.00. 
Sebenarnya, anda boleh menaiki cruise ini pada waktu siang atau bila-bila waktu saja. Cumanya, permandangan pada waktu malam sangat cantik. Sepanjang sungai Melaka, dikelilingi dengan lampu neon yang berwarna warni.
Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanan anda, dihiasi permandangan yang bergemerlapan. 

Ada macam Awie tak 🙂
Ada macam Erra Fazira tak 🙂
Lepas tawaf Sungai Melaka, kami terus Ue umbai untuk makan ikan bakar. Jenuh tanya orang Melaka camner nak ke sana. Akhirnya sampai jugak. Tapi tak sempat nak bergambar..pasal dah pukul 11 lebih..semua orang dah nak meroyan…terutama budak2…hehehehe…
 
Orang kata ikan bakar Umbai sangat sedap…tapikan taktaulah tekak aku ni…takdelah sedap sangat pun…sedap lagi kat Jeram…tapi dek sebab perut dah lapar..hentam sajalah…
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge