Crocs Ciplak

Hari Ahad lepas aku gi Pasar Seksyen 13 Shah Alam. Mula-mula ingat nak pergi berdua-duaan…tapi Balqis & Qayyum sibuk nak ikut jugak. Kalau nak ikut kena tahan panaslah…
 
Rupa-rupanya kalau dari Saujana Utama ke Shah Alam lebih kurang 10 minit jek..Ikut jalan belakang..wah!!!selalulah nampaknya aku gi Shah Alam ni.


Agak lama jugak tak jejak Pasar Seksyen 13 ni..macam-macam adaaaa….mak ngan bapak jek yang takder jual….
Encik Suami memang sukakan benda-benda unik ni..tapi tengok jek..tak beli pon 🙂

Pantang ada free show car..mesti nak try..tak beli try pun jadilah ….

Cantik tolll keta Kia sporty 2 pintu nih…Qayyum siap kata “Mama beli sekarang tau keta ni..adik nakkkk” ^_^

Nasib baik try 2 keta jek..kalau tak jenuh…..sebab apa Qayyum peace? Sebab Mama kata Yes nak beli keta Kia sporty tu…kalau kata No..harap maaflah dia nak begambor…


Tujuan aku ke Pasar Seksyen 13 adalah mencari sesuatu….


teng!teng!teng!

Hah!nampak???Disebabkan frust giler Alice aku yang dicuri tu…cari Crocs kat Ikano…dah takder stok…disebabkan nak sangat jugak Alice tu…


Nasib baik jumpa 1 gerai jual Crocs..tapi dah tak banyak pilihan. Akhirnya jumpa juga..sekali rembat sampai 2 daa….puas hati aku. Ciplak pun ciplaklah…janji aku dapat…hehehehehe…


Nak tahu berapa rege? 2 pasang = RM10 jek…murahkan???So, kalau pakai seminggu putus pun taklah rasa ralat sangat…kalau ada sesaper teringin nak curi pun..gua tak heran….Yang kaler merah tu..anak daraku yang punya..RM10…kalau tak beli nanti majuk pulak…

Disebabkan sampai umah pun dah tengahari..perut pun dah lapar..kemalasan pun melanda..kami singgah Anis Sup Utara kat SU3.

Tapikan…kenapa Ani Sup Utara kat SU ni tak sesedap Ani Sup Utara kat Medan Mara tu?
 
p/s : Jika korang ada/pernah nampak kasut Alice Crocs..sila bagitau aku ek..

 

15 thoughts on “Crocs Ciplak”

  1. selalunyer takat lalu jer…x pernah plak singgah…teringin nak g pasar shah alam tu tp hubby plak x nak huhuhuhu…….

    kalu murah cam gini bleh rembat lagi 2 3 pasang hehehehe….:)

  2. Assalam Alin.

    akak pun dah lama sangat tak pegi Pasar Sect 13 ni.. Bertahun dah.. Panas.

    Ani SUp Utara ni sebenarnya tak mmg tak sedap mcm memula bukak di Plaza Alam Sentral 6 atau 7 tahun dulu. Big boss dia dah meninggal last year. Tp masak wife dia.

  3. sis…pasal VCo tu memang cik bunga baru pkai seminggu taw, tapi da npk kesan die sikit²… cik bunga bese PMS teruk, tapi bile mkn nie takde pon.. senggugut tak rase, taw² period.. huu.. kulit pon , jerawat tkde singgah lagi.. seriously! 🙂

  4. Iduraz : skung ni dah murah kst ni…

    Amy : sangat best

    Kak Yan : kat medan mara sedap plak rsnyer…

    Munna : mmg Munna.janji murah.kalau ilangpun tak nangis..

  5. mama dan anak2 suka pakai kasut crocs juga, selesa apalagi masa jalan2 tau shoping…crocs ciplak juga bezanya yg ori tahan lama tu sja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge