Qayyum dah boleh berjalan

Selasa lepas pergi appoinment Firhan Qayyum kat PPUM. Hari ni kaki Qayyum akan di x-tray tanpa simen. Luka pada kakinya makin sembuh. Alhamdulillah.
 
Seperti biasa, Encik Suami yang akan masuk bilik doktor..dan sila percaya..aku tidak pernah masuk bersama untuk jumpa doktor. Aku penakut ok. Aku tidak berani. Aku lemah nak dengar kata-kata doktor..
 
Keputusan hari ini…doktor kata..kaki Qayyum tidak memerlukan simen lagi. Doktor kata lagi..Qayyum dah boleh praktis menapak. Tapi macam biasa aku yang risau lebih. Boleh ke? Ok ke?
 
Ya!Allah..permudahkanlah perjalanan baru Firhan Qayyum. Kasihanilah insan kecil itu. Kuatkan semangat Firhan Qayyum.
 
Seperti biasa juga..Encik Suamilah yang banyak membantu memberi semangat. Tanpa Encik Suami..patah semangat aku..
Lepas ni adik dah tak payah guna wheelchair lagi. Mama tahu…adik kuatkan? Mama takkan pernah berhenti doakan adik tau… 

12 thoughts on “Qayyum dah boleh berjalan”

  1. terima kasih kengkawan. Semoga dipermudahkan. Tak sabar nak lihat dia berlari-larian..dah 5 bulan tak berjalan.

    Erieyin : Kaki masuk dlm rim motor sayang…kalau rajin pi label Firhan Qayyum..

  2. bru selesai bca kisah qayyum..erm..hope qayyum kmbali mcm biasa..kpd k.lin, semoga tabah.ini dugaan..mgkin ada hikmah..take care kak..kim salam pada qayyum n balqis…
    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge