Trip ke Bandung-Jakarta 2011 (Part 5)

Hari ketiga di Jakarta

HOTEL ASTON MARINA, JAKARTA

Seawal pagi kami bertolak ke Jakarta pula. Tidur semalam di Hotel Aston Marina, Jakarta. Seperti d Bandung, Hotel Aston Marina Jakarta juga mempunyai facility yang bagus dan selesa. Sesuai dengan 4 bintangnya.

Dihadapan Hotel Aston Marina sambil menunggu pak supir jemput untuk makan malam 🙂

Bergambar kenangan dengan pak supir kami. Yang misai melentik tu..Pak Ikin dan yang kecil molek tu Pak David. 

RESTORAN BANDAR D’JAKARTA, ANCHOL

Tak sangka di kota Jakarta punya laut. Patutlah Jakarta panas. Masa ke Jakarta 2010 dulu, aku tak sempat singgah bandar Anchol ni…tak sempat pun. 

Kali ini kami memilih hidangan laut pulak. Berlatar belakangkan laut Anchol, memang tenang makan di Bandar D’Jakarta.Inilah dia Restoran Bandar D’Jakarta. Malam-malam kat sini memang happening. Lokasinya di Ancol. Taman tema permainan ala-ala cam Sunway Lagoon. Boleh lepak-lepak tepi laut sambil makan ambil tengok bot lalu lalang. Makanan kat sini memang mantap. Freshie lagi..Harga pun boleh tahan jugak..

hambek!!melantak sampai pengsan…nasib baik tekak saya sakit dan saya jugak bukan jenis orang yang kuat makan…jadi..tidaklah rasa ralat sangat tak dapat rasa semua makanan kat situ..

After makan-makan…tak tau mau buat apa kami terus pulang Hotel. Tapi yang pompuan jek..yang lelaki ada agenda mereka sendirilah…hehehehe…

Esoknya, sebelum pulang..kami sempat suruh hantar ke Mangga 2. Tapi sebab masa 2 jam diberi sebelum kami terus ke airport Jakarta…gambar tak sempat nak amik sebab kecepatan waktu.

Selamat tinggal Bandung & Jakarta. Pasti saya ke sana lagi nanti…

p/s : buat bosses, terima kasih daun keladi sebab sudi bawak kami jenjalan. Next year nak pi Beijing tau. Nak rasa winter pulak 🙂 

15 thoughts on “Trip ke Bandung-Jakarta 2011 (Part 5)”

  1. Malam Sabtu patut Arlin gi Kemang tau. Pastu kat Jakarta ada tmpt brnama Cilandak Town Square, kat situ ada restoran Melayu.

    Try spa Martha Tilaar kat Jakarta tak? Ada pegi Tanah Abang? Tanah Abang lagi murah dari mangga dua tau Arlin.

  2. Norh : tp dah sakit tekak takder nikmatnyer..

    Pia : kumpul duit…

    Aqishah : Kalau sendiri bayar..mahal jugaklah..disebabkan org lain byr..murah jek..

    Kak Yan : JOmmm

  3. dak degil : takder tambah pun..hehehe..org sana pun tak tau air bandung tu camner….

    Ujang : memang best jang..

    Izan : sgt happening

    Yang Indah : hahahahahha..cakap sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge