Qayyum…

Sudah agak lama tidak buat entri tentang kesihatan Firhan Qayyum.Bagi yang tidak mengetahui mengapa aku selalu buat entri tentang Firhan Qayyum..boleh jenguk Label FIRHAN QAYYUM.
Selasa lepas appoinment Qayyum kat PPUM. Alhamdulillah..doktor kata prestasi kepulihan kaki Qayyum bertambah baik dan cemerlang. Syukur sujud pada Yang Esa kerana masih mengizinkan Qayyum berjalan dan bangkit semula. Memang dia anak yang istimewa. Semangat dan kekuatan yang ada pada dirinya memang sesuai dengan nama yang ku beri.
Masih aku ingat masa doktor di Hospital Sungai Buloh berkata pada aku dan Encik Suami. Doktor-doktor pakar itu kata jangkaan adik Qayyum boleh berjalan semula akibat kecederaan yang agak parah pada tumitnya mungkin 6-12 bulan. Betapa hancur luluh perasaan aku  ketika itu. Tapi kuasa di tangan Allah. Dengan izinnya..Qayyum mula berjalan dalam masa 5 bulan selepas kejadian tersebut berlaku. Dan kerana berkat kamu-kamu yang turut mendoakan kesihatan Firhan Qayyum.

7 thoughts on “Qayyum…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge