Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah

Assalamualaikum..Selamat Sejahtera…Selamat Pagi semua…
Korang pernah tak disogokkan dengan citer Hantu Kum-Kum atau Hantu Purdah. Kalau tidak silap aku kisah seorang perempuan yang mahu kecantikan abadi. Kisah seorang perempuan yang menuntut ilmu hitam. Kata mereka..disebabkan perempuan ini melanggar peraturan untuk kelihatan cantik lagi menarik adalah “Dilarang Melihat Cermin” akan tetapi perempuan yang memang tidak pernah bersyukur dengan ciptaan Illahi itu ingkar. Maka wajahnya yang memang sempurna itu berubah menjadi sehodoh-hodohnya. Kata mereka lagi..untuk merubah semula wajahnya ke asal..perempuan itu harus menghisap darah seramai 99 orang anak dara sunti. Ish!ish! mana nak cari 99 orang anak dara sunti ni…(hehehe..iklan jap).
Kata mereka lagi..bagi mengelakkan orang ramai melihat dan jijik melihat kehodohan wajah perempuan itu..dia harus pakai purdah…dah jadi arkam..hehehehe..Bagi melaksanakan niat jahat dia akan merayap-rayap pada dingin malam mencari anak-anak dara sunti. Tika tu mesti anak-anak dara takut nak keluar rumah kot termasuk aku…hehehehe..Dia akan mencari mangsa dari satu negeri ke satu negeri dengan menaiki kereta Kancil merah..masa tu kereta kancil tengah glamer.
Cerita ini sangat glamer pada tahun 1996-1997. Masa tu aku baru lepas SPM dan buat part time at Pos Malaysia. Kerja shif pulak tu..bila balik naik komuter ramai-ramai ngan kawan-kawan. Sangat seronok..tapi takut bila citer Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah. Siap jerit-jerit dalam train sebab yang konon-kononnya Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah naik komuter..kelakarkan?
Tapi masa tu..seingat aku..tak pernah pulak dengar anak dara sunti mati kena hisab darah dek Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah..ngeh..ngeh..ngeh..Korang pernah dengar tak?

Kalau korang nak tahu ending of this story..korang saksikanlah sendiri dalam Kum-Kum The Series kat Astro 104 setiap Selasa, jam 10.00 malam. Ngeh!Ngeh!Ngeh!….


Alin Marlini : Cerita-cerita hantu ni tidak pernah ada kesudahanya. Sudahnya…manusia yang selalu jadi hantu.
 

16 thoughts on “Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge