Bila Babah Jadi Mr Mama

Saya rasa sangat bersyukur kerana sehingga hari ini saya mendapat seorang suami yang boleh diharap.
Yang boleh saling bantu-membantu.
Yang boleh diharap ketika kita memerlukan.
Alhamdulillah.
Terima kasih buat Encik Suami saya kerana sudi jaga anak-anak ketika ketiadaan saya. Yang penting anak-anak bahagia.
Semasa saya tengah berliburan bersama Mak dan Adik tengah saya..Encik Suami merangkap Mr Mama membawa Balqis & Qayyum ke Taman Herba yang berdekatan Taman Tasik Perdana @ Lake Garden. Saya pun tak pernah jejak kesana lagi.
Lihat anak-anak saya yang dipaksa berpossing demi memenuhi kehendak Mama dorang. Melampau kan??
 Dan lagi possing maut yang dicipta oleh Babah dorang. Sangat skema kan?
Habih dari Taman Herba..taman permainanlah yang anak-anak saya suka. Mama mereka jugak pernah membawa mereka ke situ.
 Qayyum yang dipaksa berpossing. Muka tak boleh blahh!!
 Setiap sudut berpossing. Babah kata kalau tak amik gambar nanti Mama frust. Apa daaaa….
 Anak dara saya. Balqis. Semakin hari semakin membesar. Sudah dah sama tinggi dengan Mama dia tak tak tinggi2 ni..
Anak bujang saya. Qayyum. Alhamdulillah. Dengan kaki yang masih baru bertatih berjalan.. dengan dengkot2 lagi..tabah untuk cuba terus berlari-larian. Sangat kasihan anak saya yang sorang ni.
Tidak puas hari lagi hati anak-anak saya ni. Yang Babah dorang ni..time saya tak follow rajin plak pergi banyak tempat. Sangat tidak puas hati!

9 thoughts on “Bila Babah Jadi Mr Mama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge