Mr Mama 2

Tak habih citer lagi sebenarnya tentang Mr Mama saya ni….
 
Encik Suami saya ni jenis suka follow apa kata hati anak-anak..tapi dalam bab-bab tertentu jek…Kalau saya pulak..saya jenis yang agak tegas sikit. Itu tak boleh…Ini tak boleh..semua kena tapis dulu.
 
Bila anak-anak kata masih tak puas berjimba-jimba…Babah follow jek…
Kata Mr Mama saya..nak bawak budak-budak ke KLCC lepas balik dari Lake Garden. Tapi arus jalan yang penuh kesesakan membataskan pergerakan dorang untuk ke KLCC. KLCC tu atas permintaan Firhan Qayyum. Lastly, Mr Mama saya bawak dorang ke KL Tower. Tak masuk pun cuma beriadah sambil lihat Hutan Simpan Bukit Nanas jek.
 Apalah Mr Mama saya nie..takder seni langsung mengetip gambar KL Tower..
 Pandai Encik Suami saya bawak jenjalan anak-anak. Lihat flora & fauna jek…
 
Begitulah sifat Encik Suami saya. Seboleh-bolehnya dia tak akan menolak permintaan anak-anak. Asal jangan melampau. Dia kata..dulu-dulu dia tak merasa…Semoga berkekalan hendaknya sifat kebapaannya itu.

1 thought on “Mr Mama 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge