Hari Pertama Qayyum Sekolah

Anak-anak yang lain dah setengah tahun ke sekolah tapi anak aku, Firhan Qayyum baru jer semalam memulakan sessi persekolahan Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Mana yang selalu mengikuti blog ini pasti tahu kisahnya kenapa Qayyum lewat untuk sessi persekolahan.
 
Hati aku berdebar mengalahkan debaran Qayyum yang baru nak masuk kelas tu. Biasalah..Mama dia memang selalu over kan..Tut!! Aku tengok Qayyum cool dan tenang je. Oh! Tuhan…terima kasih kerana mengurniakan aku anak yang begitu tabah.
 
Mak bapak mana yang tidak rasa excited bila anak masuk darjah satu kan? Walaupun ini debaran kali kedua setelah kakak Balqis 3 tahun lepas..aku tetap berdebar. Risau dengan keadaan Qayyum macam tu..macam-macam berlegar di fikiran. Takut kena buli ke…takde kawan nak kawan dengan dia ke..macam-macam;ah yang aku fikirkan. Pak Rashid? Dia tetap cool jek..
Untuk memudahkan dengan situasi Qayyum, aku belikan ben Ben 10 beroda. Kasut pun tak beli sebab keadaan kaki Qayyum yang tidak mengizinkan. Aku sarungkan kasut crocs je. Dan perkara itu telah ku jelaskan dengan guru sekolah. 
Dengan jalan berdengkut-dengkut, Qayyum melangkah laju ke kelas. Sampai jaga sekolah kata “tak payahlah pergi sekolah lagi kalau tak elok kaki tu lagi” Aku senyum dan jawab “Dah ok tu…dah lama sangat dia tak sekolah…lagipun dia yang beria-ia nak sekolah cepat”.
Mama bangga dengan adik. Mama tahu adik selalu sembunyikan kesedihan adik disebalik senyuman manis adik tu. Paling Mama sedih sewaktu adik melangkah kaki masuk ke kelas. Ya! Tuhan, permudahkan perjalanan anakku itu. Rasa sedih yang amat. Rasa pilu melihat wajah comelnya itu. 
p/s : Balik je dari sekolah..Qayyum terus mintak susu botol dan bantal busuk dia. Rindu katanya…hehehehe…

14 thoughts on “Hari Pertama Qayyum Sekolah”

  1. assalam Alin, boleh akak tau kenapa Qayyum lewat sekolah? Maaf la kalau akak ketinggalan….
    Naluri ibu memang begitu, senantiasa bimbang keselamatan anaknya, mcm akak.

  2. SweetLikeWhat : memang comel

    Mimie : i'allah

    Kak Chik : 2 hr pegi sekolah dah mengeluh lenguh kaki

    Nadia : hehehehe..mau pegi sekolah lagi?

    Farah : sila sabar..mesti byk ragam nanti..

    Kak Kasih : thanks kak..moga2..

    Atuk : mekacih..

    Kak Zana : bln 11 thn lps Qayyum x-cident..masuk besi ..kena simen..skung baru blh jalan..tu yg boleh pegi sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge