Alamak! Adik dah rongaklah!!!

Ini kisah beberapa hari sebelum Raya. Puas dipertahankan akhirnya tumpas jua.
Gigi Qayyum lambat patah berbanding kakak Balqis. Balqis dulu umur 5 tahun dah banyak hilang gigi.
Actually..gigi Qayyum memang dah goyang-goyang tapi saya selalu pesan kat dia jaga gigi tu elok-elok. Jangan makan benda-benda keras. Nanti raya adik takde gigi plak.. tak encem nanti.Dah berjaga-jaga pun akhirnya terhantuk lutut sendiri..patah jua akhirnya. Bila tersengih nampaklah gigi rongak…
Beraya dengan gigi rongaklah dia. Saya siap pesan..kalau bergambar senyum je tau..jangan sengih lebar-lebar nanti nampak gigi rongak.
Alin Marlini : Gambar Raya? Pelan-pelan saya update ek!
Selamat Hari Raya dari Firhan Qayyum.

7 thoughts on “Alamak! Adik dah rongaklah!!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge