Pertama kali ke Menara Condong Teluk Intan

Kami tiada kampung. Jadi, setiap tahun, jika berkesempatan, kami akan beraya/melawat pakcik Kisman iaitu abang abah saya yang berada di Tanjung Tualang, Perak. Itupun satu-satunya saudara kami yang tinggal/luar kawasan Kuala Lumpur/Selangor.

Selalunya, kami akan ikut jalan dalam (tidak mengikut laluan Lebuhraya). Dari Sungai Buloh-Ijok-Kuala Selangor-Tanjung Karang-Sekinchan-Sungai Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan-Pasir Salak-Tanjung Tualang.

Setiap kali pergi ke sana, kami akan singgah satu kedai apek di Sungai Besar. Nak beli tuala mandi ke, kain ke, baju tidur ke…semuanya murah.
 

Kemudian kami akan singgah Pekan Teluk Intan. Beli buah tangan untuk saudara mara. Dan setiap kali lalu di Pekan Teluk Intan, pasti lalu Menara Condong Teluk Intan. Buat pertama kalinya kami singgah berhenti sambil memperkenalkan anak-anak mengenai sejarah Negeri Perak.

Menara Condong tersebut mempunyai 110 anak tangga. Kata abah aku, dulu lagi condong tapi setelah di renovate dah tak berapa senget plak.

Kami tak naikpun sampai ke atas, setakat tingkat 2 je. Tiada apapun di dalam Menara Condong Teluk Intan. Cuma tinggalan sejarah. Balqis & Qayyum memang suker..sebab boleh citer ngan kengkawan.

15 thoughts on “Pertama kali ke Menara Condong Teluk Intan”

  1. destinasi yg sama ngan iols – teluk intan… iold pegi umah kakak… hiks

    ikut jalan lama tu – iols pun suka lalu.. eps kalo balik malam raya – bleh tengok panjut2 yg dipasang!

  2. lorr..dah sampai teluk intan tak bagitau.. boleh dtg beraya rumah saya.

    raya tahun depan kalo singgah lagi, meh singgah beraya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge