Idea Dekorasi Untuk Hari Raya

Alangkah indahnya tinggal dirumah sendiri. Sukahati mau bangun pukul berapa. Sukahati nak pakai baju apa. Sukahati nak masak ke tak masak ke. Sukahati nak lepak mana-manapun. Tapi still tak boleh jadi tarzan. Malu nanti didengar jiran tetangga. Cuma belum masanya untuk terus tinggal di rumah sendiri. Mungkin selepas ini ..sedikit demi sedikit masa.
 
Bila dah rumah sendiri, berputar-putar otak mahu mendekorasikan rumah dengan citarasa sendiri. Puas belek majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur, Renovation..segala macam majalah. Idea bersepah-sepah.
Rumah saya simple jek. Banyak perabot yang belum beli. Bak kata orang ‘pelan-pelan kayuh’. So, setiap bulan akan beli + kumpul + simpan satu barang untuk rumah. Tak terasa sangatkan..
Dekorasi di meja makan masa raya…
Meja + bunga + pasu..semuanya beli 3 hari sebelum raya..
Kombinasi Purple & Grey
Yey! Our theme for 2011. Purple Lavender!!Mesti BUDAK PURPLE ni suker…Langsir yang dibeli di Nilai dan dijahit oleh Adik Tengah saya. So Jimat!
Sila jangan dongak ke atas. Hips! frame tanpa gambar. Ada orang datang beraya rumah saya dan bertanya “Kenapa letak cermin nun jauh di atas? Camner nak tengok muka?”
 
Konsepnya…segera + jimat. Tak sempat nak cuci-cuci gambar yang sepatutnya. Dari terletak jek baik gantung terus.
Hiasan di tangga. Tak tau mana dapat idea picisan ini. Ketika berjimba-jimba di IKEA bersama Encik Suami..terlihat pasu nan putih bersih. Langsung terpikat. Lalu singgah pula ke kedai bunga yang famaous amous di Bandar Sri Damansara..terlihat bebola nan hijau..terpikat jugak. Langsung beli. Mix & Match dari tangan picisan ini.
 
Sekian, dekorasi rumah Alin Marlini. Jumpa lagi!

18 thoughts on “Idea Dekorasi Untuk Hari Raya”

  1. haha ya betulll…yang penting kena sediakan money dulu sebelum pegi pasar malam, sebabnye banyak nau mainan kanak-kanak, belon jual kat situ. Adehhh kalo tak belikan nanti Aleesya guling-guling hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge