Pontian

Salam kengkawan semua,
 
Semalam dah citer pasal homestay yang saya tinggal semasa di Pontian. Sungguh tak disangka..ada jugak orang Pontian tak tahu wujudnya homestay kat situ..hehehehe..Opkoslah mereka tak tau sebab dah tentu umah sedara mara mereka kat situ-situ dan takdek maknenye nak sibuk cari tempat tidur…tulah yang tak perasan.Memang belah adik ipar saya menyediakan tempat penginapan..tapi kami tak maulah menyusahkan keluarga dia so ambik keputusan nginap kat homestay tu. Best!
 
Atas permintaan sabahat kesayangan saya…saya tempekkan beberapa keping gambar yang tak semegah..suasana di luar homestay plak. Sebenarnya..tak teringatpun nak amik gambar kat luar sebab dah sibuk possing kat dalam + kepenatan.

Inilah pandangan di luar Kharina Homestay. Masa pepagi lagik..lepas mengeteh kat kedai maplay sebelah Hotel Pontian..kami lepak-lepak kat pinggir laut ni dulu. Makngah, Cik Ton, Moksu, Cik Pah & Mak saya..berlonggok bergosip-gosipan. Tettt!!!!

Balqis & Qayyum bersama Poksu Faris dorang. Masing-masing gedik-gedik nak mandi laut tapi malangnya laut ni takleh mandi. Hanya untuk tatapan penyejuk mata jek. Memang masa booking tu saya siap tanya lagi..laut tu boleh mandi ke? Cik Leed siap gelak-gelak lagik! Malu beb!

Abah & Pakcik Sukri. Possing maut lagik! Encem!

Korang nampak Restoran Awana tu? Kharina Homestay tu hujung belah sana. Kalau malam-malam depan homestay tu..ada ikan bakar D’Boot..kalau tak silap saya. Ngadap lautla..tapi sayanggg…gambar malam tak sempat nak snap. Ada Giant, ada Marry Brown, ada kedap maplay dan ada kedai Ku. Kedai Ku? kedai tu jual baju-baju yang murah sangat. Agak-agak korang terlupa bawak baju ke..seluar ke..bolehlah beli kat situ. Cam adik tengah saya..ada ke patut tertinggal seluar anak-anak dia..sib baik ada Kedai Ku…dahlah cantik-cantik..murah plak tu..Saya? saya beli gak..saya beli cardigan dengan harga RM14.90..

Encik Suami & hero malaya (suatu ketika dahululah..ada orang kata abah saya cam Hail Amir. Ahaksss!! Sangat perasan kan?)

Mak dan makcik terdiva saya.
Saya yang comot bersama anak dara saya..pun comot.
Saya lagikk! Yang skema…
 
Sekian ceriter di Pontian. Selepas ini..ceriter di Kg Api-Api pulak….Sila Jangan Jemu ek ^_^
 

8 thoughts on “Pontian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge