Nenas Ayer Hitam

Teng!Teng!
 
Nilah tempat yang saya kat syok sangat tu. Memang syok pun..macam-macam adaa….
 
Larat dengan tak larat jek nak meredah lorongan yang panjang itu. Lagi sakit hati sebab bateri kamera habis + bateri smartphone pon sibuk habih. Arghhhh!!
 
Jadinya nilah hasil beberapa keping gambar yang tak seberapa molek berjaya saya amik untuk tunjuk pada awak semua 🙂
 
Harap sapa yang tak pernah pegi ke Ayer Hitam ni…lebih baik korang kumpul duit & pergi.  Pehtu..amik gambar setiap kedai then tunjuk pada saya..mana tau ada kedai yang saya tak pergi. Madness sehhhh!!!!bagi sayalaa…^_^
 
Di Ayer Hitam ni..kebanyakkannya menjual barangan yang dihasilkan dari rotan. Macam-macam patern ada. Ada terendak lampu (macam lampu kat Kharina Homestay tu)..ada macam-macam bakul..ada tempat isi bawang..dan yang paling utama dicari oleh anak gadis saya..Star Pillow..sejenis bantal hiasan berbiji-biji didalamnya. Sangat lembut & selesa. Dan yang pasti..saya juga beli bantal Love untuk diri sendiri. Suker! Gambar tak snap pun akibat ketiadaan bateri.
 
Qayyum? Dia beli pistol. Emmm…apa nak dikata. Takkan dia pun nak beli Star Pillow kot. Lagi-lagi pinky-pinky semuanye..erkkkk!!!Tidakkk!!!So layan..apa yang dia nak.
Makcik-makcik Diva saya dah ilang arah tujuan. Masing-masing sibuk memilih tempat bawanglah..terendak lampulah..bakullah..tapi Encik Suami saya?
 
Dia sibuk memilik buah-buahan + sayur-sayuran buat santapan di Sg Buloh nanti 🙂
Sila jamu mata dengan Nenas Besar ni ye. 
Nilah Abang Koboi tu…sangat peramah + baik hati pulak tu..Habis dilayan Qayyum. Siap suruh tinggal kedai dia lagik.
Nampak tu..material dari rotan. Best! Sib baik jauh + kete tak muat..kalau tak banyak jugak saya borong…
 
Nenas besar punyerrr!!!!!
 
Lepas dapat apa yang diidamkan..kami pulang. Yey!yey!rindunya Kampung Paya Jaras Dalam.T_T
 
Sekian sahaja coretan saya tentang negeri Johor. Nasib baik saya pegi 3 hari 2 malam. Kalau pergi 7 hari 7 malam. Mau sebulan kot entri saya ..kekekekeke..jenuh korang skodeng kan..
 
Entah bila pulaklah nak ke Johor. Hujung tahun mahu ke utara plak.

12 thoughts on “Nenas Ayer Hitam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge