Jumpa Rakan Blog

Assalamualaikum…
 
Rasanya sayalah orang terakhir buat entri ni…hehehehehe..saje jek simpan-simpan dulu..
 
2 minggu lepas saya telah dipelawa oleh Kak Yan yang comel ke rumahnya. Ada makan-makan katanya. Ramai jugak bloggers yang dipelawa. Saya sangat berbesar hati dengan jemputan itu. Terus set date ngan Encik Suami. Bila dia tanya nak kemana? Saya jawab rumah kawan..sehinggalah pada masa tersebut baru saya bagi tau..rumah siapa yang akan kami. Dia ok jek…
 
Hati berdebar-debar sebenarnya. Ini kali kedua saya jumpa blogger. Saya akui..memang saya malu. Tapi disebabkan kalah dengan keramahan Kak Yan..saya terus jadi tak malu. Ngeh!
 
Dan lagi saya suka..seorang lagi blogger yang memang saya suka jenguk sebab dia suka melancong. Best sangat. Tak lain dan tak bukan…Kak Leez. Suka tengok mata dia. Cantik! Kak Leez…..Alin masih menunggu gambar kita berdua…
 
Selain Kak Leez, saya dapat berkenalan dengan 2 orang lagi blogger. Dr Hanie & Ati Masrif. 2 orang ni best jugak. Saya tidak pernah mengikuti blog Dr Hanie..tapi blog Ati Masrif memang saya menjadi followernya. Lepas ni hari-hari saya akan jenguk blog dorang. Best.                    

 possing dari kami makdara..dari kiri tulah Ati Masrif, Kak Yan, Dr Haniesaya Alin Marlini..^_^

Harap-harap selepas ini akan berjumpa lagi.

11 thoughts on “Jumpa Rakan Blog”

  1. hehehe…nak tergelak kak leez baca pasal mata tu…tu mata tipu dear!!
    tunggu yea gambar tu….kena habiskan satu persatu entry…byk sangat…
    anyway…thanks meeting u dear…nanti kita jumpa lagi yea…alin nampak comel in person.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge