Bila Orang Lelaki Berbedak Sejuk??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Saper yang masih amalkan pakai bedak sejuk? Saya masih amalkan lagi. Tapi tidaklah setiap hari.
Bila tengok Mama dorang dok tepek-tepek bedak sejuk kat muka..anak-anak saya jugak turut terjebak.
Kakak Balqis nak pakai sebab nak bagi putih. Memang anak dara saya ni kulit malap sikit persis saya sewaktu kecik. Saya selalu kata ngan dia..
“Balqis ni laksana Dayang Senandung, satu hari nanti bila sumpahan habis kembali cerahlah” Ngeh!Ngeh!
So, diapun hari-hari tepek bedak sejuk kat muka dengan harapan akan hilang sumpahan Dayang Senandung..:)
Tapi apa kes bila encem boy saya pun mintak pakai bedak sejuk?
“Adik pun nak putih ma….????” Adohaiiii….saya layan jek…
Nilah rupernye seorang budak lelaki pakai bedak sejuk. Serupa Red Indian plak. Qayyum ni bukan setakat nak pakai bedak sejuk jek..kalau saya pakai losyen pun dia nak pakai.
Dan dia tak pernah lupa ingatkan saya untuk pakai krim nak hilangkan parut kesan jahitannya. Memang maskulin betul anak teruna nan seorang ni (^_^)

3 thoughts on “Bila Orang Lelaki Berbedak Sejuk??”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge