Bangkit Semula

April 2011
Alhamdulillah..Qayyum dah boleh jalan…walaupun masih belum stabil…saya sendiri tidak pasti samada ianya kekal begitu atau cuma sementara. Mudah-mudahan dia boleh berjalan normal sebab tak sanggup bila orang lain asyik melihat keanehan Qayyum berjalan..
 
Jun 2011

Qayyum dah boleh ke sekolah. Ada orang cakap..tunggulah darjah 2 nanti baru masuk sekolah lagipun kaki dia belum pulih sepenuhnya. Saya tidak peduli. Saya mahu dia belajar. Saya tidak mahu dia keciciran pelajaran. Memang dia agak lambat dari segi pembacaan. Alhamdulillah…5 bulan bersekolah..Qayyum semakin lancar membaca. Dan lebih menggembirakan saya..Qayyum naik kelas tahun depan sebab dia dapat no. 2 dalam kelas. Sangat bersyukur. Sangat gembira dengan perkembangan Qayyum.Tapi saya tidak boleh bergembira sangat sebab doktor juga dah berkata perkembangan Qayyum tidak boleh dijangka sebab melibatkan tulang. Apa yang diharapkan agar semuanya berjalan lancar.

Saya tahu ada yang sedih dan tertanya-tanya apa dah jadi dengan Qayyum. Bukan menagih simpati cuma luahan hati. Cerita dari hati seorang Mama. Cuma buat tatapan kawan-kawan.

Pesanan saya buat ibu bapa yang bawak anak-anak ke sekolah menaiki motor..silalah berhati-hati. Jangan biarkan kaki anak anda terjuntai-juntai tanpa pemerhatian. Pengalaman saya jadikan pedoman.

Jika anda masih konpius @ tertanya-tanya apa yang terjadi dengan anak saya..boleh BACA SINI

7 thoughts on “Bangkit Semula”

  1. anak dieyana pun penah g sekolah naik moto dgn papa dia, dlm sebulan jugak. ingat sekali, dua kali, rasa seriau aje….naik moto ni lebih terdedah bahaya di jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge