Pesta Rambutan Kembali!

Kalau setakat nak makan rambutan, pulasan,langsat, durian, pisang, betik ….tak payah pegi jauh-jauh. petik je keliling rumah.
Alhamdulillah..berkat abah kena dera ngan arwah oyang suruh berkebun dedulu…merasalah kami buah-buahan. Kalau nak beli cecukup makan je kan…kalau tanam sendiri tu sampai tak termakan.
Ikutkan dedulu lagi hebat pokok-pokok keliling rumah. Pokok kelapak pun ada. Tetapi dek kerana pembangunan pesat jiran tetangga..terpaksalah dipotong. Tinggalpun cecukup untuk kami anak cucu merasa.
Ada 5 pokok rambutan di mak saya. Alhamdulillah, semuanya berbuah dan tengah hangat merah menyala buahnya.

Yang ni rambutan kuning @ gading. Masih belum masak lagi. Ada yangbaru-baru nak kuning tu saya dah tibai sebab saya suka makan buah rambutan yang belum masak sangat. Ala-ala pra-matang lah.

Salah satu jenis buah rambutan yang ada di rumah saya. Yang belah kanan ni lonjong sikit. memang susah dapat kat mana-mana pon. Isinya manis & lekang. Yang takde biji pun lagi best.
Yang belah kiri plak bulat bentuknya. Manis & lekang jugak.

Dalam penantian. Pulasan. Tak sabar nak makan.

24 thoughts on “Pesta Rambutan Kembali!”

  1. sama la kita alin, zareene pon suka mkn rambutan yang x brapa masak… kalo rambutan kuning tu suka time kaler dia hijau muda/baru nak kuning… and pebret skali rambutan merah dan pulasan la….

  2. aah dik
    skrg nie tgh musim rambutan
    ada macam2 jenis
    paling best dan manis rambutan anak sekolah .. payah juga nak dpt yg jenis nie 🙂

  3. pulasan my fav.. untung nyer dpt makan buah rambutan kt kebun sendiri.. bnyk tu smpi ada 5 pokok. kt umh mak mertua ada 1 pokok pon dah x termakan.

  4. aduhhh kak…sedapnya tgk buah2 rambutan kat sini. husband izan mmg hantu rambutan. kami ni nama je org kg… tp buah2 kalau nak makan kena beli juga. rasanya umah mak izan pun blm masak lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge