Selamat Hari Maal Hijrah 1433

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman 

Korang penah nyanyi nasyid ni?
Saya masih ingat zaman kanak-kanak kat sekolah dulu. Saya selalu dipilih untuk pasukan nasyid sekolah. Suara bukan sedap pun..sekadar mengisi ruang kosong jek.hehehehe…

Masa tu training bagai nak rak untuk persembahan nanti. Siap pergi bertanding kat sekolah2 lain lagik..

Masa tu mana ada baju glamer2 cam zaman sekarang. Kain songket mak kaler merah jadi kain dan pakai ngan baju sekolah putih. Rasa paling glamerlah masa tu…Fuhh!!!

Pehtu..naik kat pentas dengan dimulai barisan belakang. Bila barisan depan plak..saya bangga giler sebab saya barisan depan. Orang semua nampaklah..gilerr glamer ko ni rupernyer Alin Marlini.

Bila time mula persembahan, memang kami nyanyi penuh perasaan sambil tangan letak kat depan…hehehehe..seronok sangat masa tu… 

Masa tu mana nak berapa faham sangat konsep Maal Hijrah ni..bila dah menginjak usia ni..lebih pengalaman dan pengetahuan baru nak faham…
Apapun semoga selepas ini, doa saya yang macam biasa tapi akan lebih dipraktikkan lebih luar biasa..insyaallah. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik untuk mencari rezeki yg halal, diberikan kerahmatan hidup, dipanjang umur supaya saya boleh jaga anak-anak saya terutama Firhan Qayyum, dipanjang jodoh dengan Encik Suami walaupun awak tidak kaya dengan harta benda tapi awak kaya dengan kasih sayang yang mungkin tidak ada pada orang lain, semoga anak-anak menjadi lebih terang hati untuk menjadi pelajar bijak pandai dan semoga Allah mendengar doa-doa saya supaya Firhan Qayyum diberi keajaiban dipulihkan kakinya seperti sediakala. Amin.
Buat saudara sesama islam, semoga kalian dikurniakan kerahmatan kehidupan yang membahagiakan.

14 thoughts on “Selamat Hari Maal Hijrah 1433”

  1. ya alin..kakNo pun ahli nasyid gak dlu..macam alin gak tumpang isi kekosongang haha…

    betul, dlu nyanyi sekadar nak menang..skang dh mula faham huhu

  2. alin..nama anak kita yg first tu sama lah..FIRHAN..hehe

    pasal soklan dekat blogger bio tu,awak jawab berdasarkan soalan yang dia orang bagi..jawab dlm bahasa Melayu pun boleh,mcm bui..*_*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge