Tips Tambah Trafik Blog

Selamat Malam semua…tak pernah-pernah wat entri secara siaran langsungnih..first time.

Pertama kali mahu ucapkan ribuan/jutaan terima kasih pada sifu saya ALONG XP. Kalau tak kerana saya selalu rasa jeles ngan trafik dia yang mencanak. Nuffnang yang tanpa segan silu asyik bertandang kat blog dia..mungkin saya masih begituan sahaja. Betul kata dia..tanpa usaha sebarang kerja pun tak menjadi.
Saya rasa amat gembira sangat malam ni bila tengok pengintai saya semakin bertambah. Selalunya paling ramai pun takat 70-80 orang jek..nampak sangat blog ko tak glamer…hehehehe..Tapi malam ni…alhamdulillah..berkat kesabaran dan ketekunan saya dalam dunia blogger ni mendatangkan hasil yang memberansangkan.
Tak percaya? Jom lihat..
Terlebih sasaran. Pada awalnya, saya target 100 orang jek yang sudi jenguk blog picisan ni. Tapi takat pukul 11 malam tadi…terlebih 34 orang plak. Mahu tak bangga..bangga siutt…hampir 3 tahun berblogging..hari ini adalah hari paling bahagia saya berblogging.
Nak tahu rahsia saya?
Ada banyak rahsia dan cara untuk tingkatkan traffik kita..tapi ikut pangkal hati kita jek. Kalau kita rajin berusaha..pasti ada kejayaan.
Saya tak larat nak ikut semua rahsia dan cara untuk meningkatkan traffik. Buat masa ni saya follow satu cara jek.
Korang boleh singgah KELAB BLOGGER. Korang glamerkan sendiri blog korang kat KELAB BLOGGER. Konsepnya…kunjung mengunjung. Janganlah mengharapkan orang jek menjenguk blog korang dan korang pandang selayang pandang jek. Rajin-rajinkan jari jemari halus korang tu..singgah blog diorang pulak. Dan jangan lupa plak..follow sekali. Apa salahnya bantu membantu. Dorang seronok..korang pun seronok. Camtulah perasaan saya sekarang ni. Best!

13 thoughts on “Tips Tambah Trafik Blog”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge