Sepetang di Muzium Kota Kuala Kedah

Satu petang yang hening….kami ke Muzium Kota Kuala Kedah.

Tempat yang sangat menarik. Orang yang duduk Kuala Kedah pun tak sampai lagi..betul tak? Kami orang Selangor dah sampai……hehehehehe…

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato’ Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama “Pintu Gerbang Kadapuri”. Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai “Tapak Tanah Bersejarah” mengikut peruntukan “Akta Benda Purba 1976” di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

 
Lots of LOVE 🙂
 
Alamat Muzium Kota Kuala Kedah :
 
Muzium Kota Kuala Kedah Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota
06600 Kuala Kedah
Kedah Darul Aman
Tel:  04-741 2152
Fax:  04-741 9297
 

Hari & Masa Lawatan

Sabtu – Khamis : 9.00 pagi – 6.00 petang Jumaat : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 6.00 petang
 

Bayaran Masuk

Percuma

13 thoughts on “Sepetang di Muzium Kota Kuala Kedah”

  1. ieyla : PSP tu ibarat nyawa dia la…

    Kak Chik : memang klasik kak..1st time sampai memang dah teruja..

    Kak Normi : hehehehe..akak pun dah sampai..hehehehe..bestkan..possing tu wajib 🙂

    Kak Yan : kakakakaka….memang suker

    Najwa : nak macam Hana Tajima katanya 🙂

  2. alin…. cuti sakannya…. x masuk kerja lagi ka? esok bos panggil masuk kerja urgent!! hhheee.. jeles tau dpt cuti panjang…. 🙁 wlupun dela sendri org kedah… tpi x pernah pun ke sana….:( ketinggalan la pulak..)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge