Dari Kuala Perlis ke Langkawi

Okay..ini part terakhir Cuti-Cuti Malaysia saya….

Dari Satun kami terus menyusuri Kangar untuk ke Kuala Perlis. Kalau dari rumah sepupu saya di Bedong memang agak jauh nak rempit ke Kuala Perlis. Jadi kami bermalam kat tepi jeti Kuala Perlis.7 tahun lepas, masjid ni masih belum ada. Sekarang dah tersergam indah. Cantik sangat tepi laut.
Makan malam ditepi jeti Kuala Perlis. Kerang Giant..berani makan? Saya tak berani.Budak paling excited. Maklumlah tak pernah naik feri. Tiket zaman sekarang. Dewasa RM18 seorang, kanak-kanak RM13 seorang. Tapi ini untuk harga weekdays kot..weekend mahal skit kot.
 Feri MV Lada Tiga nama diberi. Kami duduk belah atas. Memang selesa. Siap pasang citer hantu lagik. Kalau naik feri, saya tak buleh toleh kanan kiri. Paling koman tidooo…nanti pening a.k.a mabuk laut.

Sampai sahaja di jeti Kuah, kami mencari penyewa van. Dapatlah sewa van Vanette (yang agak usang) dengan kos RM100 setengah hari yang saya rasa agak mahal tapi dah last minit ..bolehkan ajer..

Destinasi pertama dan itu tujuan utama …kami ke Gedung Haji Ismail Group. Gambar di atas tu kat depan kedai di Pekan Kuah. Tak banyak yang berkenan…usher-usher line dulu…
 
Pilih kuali bang?
A’ah! Bini paksa beli. Nak Tefal jugak katanya..
Bini senyum sampai ke telinga (^__^)
Hasil borongan kami. Tak taulah kereta muat ke idak ni….
Kami ke Langkawi setengah hari jek…pukul 5 dah nak naik feri. So, terpaksa bergegas pusing-pusing pulau. Tak banyak yang kami singgah cuma demi memenuhi permintaan Qayyum yang beria-ia sangat sampai menangis-nangis nak nengok Helang yang besar tu..lagi 5 minit nak naik feri…kitaorang berkejar-kejaran ke situ.
 
 
 
 
Baru puas hati Qayyum dan saya tidak rasa terkilan sebab dah bawak Qayyum ke situ walaupun banyak tempat bersejarah kami tak jenguk dan dalam hati saya…akan bawak sekali lagi anak-anak kesini satu hari nanti.

26 thoughts on “Dari Kuala Perlis ke Langkawi”

  1. jiran ratu kata…jejak kaki ke langkawi…hati rasa tenang…betul ke…?cantiknya alin ber'shawl'…ajo ratu leh?ratu lilit dh serupa hantu bungkus 🙂

  2. wahhh…syoknya kak alin jalan2 langkawi ye. nasib baik dpt penuhi permintaan qayyum nak b'gmbr kat helang besar tu…

    akak…seram pulak tgk kerang giant tu. besar sgt!

  3. wowoo best jalan2 langkawi…part shoping2 tu yg best sebenar nya…kami pun pi hari tu tkde pun jln2 ke tmpt bersejarah..byk habis kan masa kat tmpt shoping je…sb dh julung2 kali pi situ…harus nk shoping shj…hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge