Resepi Blueberry Cheese Tart

Alhamdulillah..percubaan pertama yang menjadi. Thanks atas resepi dari KAK ITA.

Nilah rupernya Shell atau crust dia selepas dibakar. Tak cun cam KAK ITA punyer.

Bahan-bahan untuk buat Shell @ Crust ialah :-

170 gm marjerin atau butter
50   gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm Tepung Gandum
1 sudu kecil esen Vanilla
Acuan tart

Cara-caranya :

 
1. Pukul marjerin @ butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan pukul terlalu lama.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
5. Untuk mendapatkan doh yang baik, bungkus doh dalam plastik wrapping dan simpan dalam peti ais semalaman.
6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170c selama 20-25 minit atau sehingga masak.
 
Crust atau Shell ini boleh disediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu sehingga Shell atau Crust ini benar-benar sejuk sebelum letak filling dan cheese.
 Sediakan filling ikut citarasa sendiri. Saya guna filling Blueberry. Anda boleh guna filling Strawberry, kiwi, coklat, oren ataupun jem nenas. Masukkan filling dalam piping bag untuk memudakan proses meletakkan filling dalam Shell atau Crust tadi.
 
Sukatan filling pun ikut citarasa sendiri. Kalau lebih banyak lebih sedap. Bila dah siap isi filling tersebut, ketepikan dan sediakan bahan2 untuk cheese plak.

Bahan-bahan Cheese :-

250 gm Cream Cheese
50   gm gula kastor/gula aising
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanilla/esen lemon (saya letak esen vanilla)

1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Masukkan filling ke dalam Shell @ Crust tadi. Untuk memudahkan kita masukkan filling dalam piping bag. Letak penuh supaya ia cantik membuncit (saya tak letak penuh sebab nak jimat..hehehehe)
5. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi. Bab ni memang tak lulus lagi. Memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

6. Ambil sedikit cream cheese dan letak sedikit pewarna yg kita suka. Saya guna warna pink. Kacau hingga  warna sekata. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

7. Guna pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Garis2 kecil tersebut ikut korang, lebih banyak lebih cantik. Saya buat 3 calit jek.
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10.Bakar 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Untuk adunan ini, 1 adunan shell saya dapat buat dalam  40 biji shell. 

Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 – 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama.

Tadaaaa….inilah hasil air tangan saya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge