Jakarta 2012 (Part 1)

Salam permisi ibuk-ibuk..bapak-bapak..harap-harap semuanya ok aja ya dong!

Hehehehehe…tetiba saya jadi minah indon plak ek…opkoslah sebab baru pulang dari liburan di Jakarta.
 
“Ko nih Alin…asyik ke indon je kejenya..tahun lepas pun Indon..tahun ni indon lagi..takde tempat lain ker?” soklan dengkikah itu? hahaha…
 

“Abih!!dah orang taja…kenalah pegikan..tak pegi rugi plak nantikan……” jawab aku dalam hati.

Sebenarnya saya dan rakan-rakan sedepartment telah ditaja berliburan ke Jakarta dari 16-19 Feb 2012 yang lalu. Usai keje hari Khamis terus bergegas ke KL Sentral. Dari situ kami menaiki SkyBus menuju ke LCCT.
Masih dengan pakaian kerja. 
Memang kali ini dan masa-masa akan datang…kami sedepartment terpaksa merahsiakan percutian kami sebab tidak mahu ada hati yang terluka. Bukan menunjuk-nunjuk..tapi itu janji penaja pada kami. Kami bersyukur sangat..sebab itu rezeki kami.Dan dalam pada itu, saya telah/terpaksa/bohong sunat pada BUDAK PEPEL..ampunkan kakakmu ini ya adikku yang manis.
Kami menaiki flight Air Asia jam 10.15 malam. First time naik kapal terbang memalam hari. Kecut pun ada tapi sib baik ada kengkawan yang memang fabulous.
 Poyo kan akak ko nie….dalam flight pun sibuk baca novel. Ko tengok sampai Jakarta nanti…mesti hilang dah buku novel ko Alin Marlini…..

Sementara lelaki-lelaki macho carikan supir buat kami 🙂

Kami sampai di Lapangan Terbang Soekarno Hatta lebih kurang jam 11.15 kot. Tak ingat sangat sebab dah malam buta. Dahlah siangnya sibuk kerah tenaga ngan fail-fail nan berlambak tu..sampai Jakarta semua lemah longlai. Rasa nak sampai cepat ke hotel. Kami menaiki 2 buah MPV dan dikenakan caj sebanyak Rp500,000.00 (RM170.00). Boleh tahan jugak harganya…tapi yelah..sebab dah tengah malamkan…janji boleh bobom kat hotel dengan kadar segera.

Kami menginap di hotel & residence Best Western Mangga Dua. Memang dekat sangat ngan Mangga Dua tu..jalan kaki pun boleh..tapi nanti capek…hehehehe. Kedudukan hotel ni memang kat lorong tikus tapi hotel dia cantik.

Kami ditempatkan untuk 3 wanita jelitawan. Saya, Kak Wanie & Nisa. Macam tahun lepas..still 3 bunga. Cuma ada tetamu undangan kali ini. Untuk malam pertama kami ditempatkan di Suitee Room. Besar dan selesa.

      

Kalau anak-anak saya ikut..mesti dorang berendam dalam tab ni 🙂

Satu katil queen dan extra bed.

Meja makeup. Cukup untuk kami bertiga.

Hari kedua dan ketiga, kami beralih ke Deluxe Room plak. Bajet!Bajet!Ngeh!Ngeh!

Kali ni bilir air dah tiada tab mandi..cuma shower dalam cermin tu jek. Mula berangan nak letak kat bilik umah.Hehehehe…

Kalau korang berniat nak ke Jakarta..saya suggestkan boleh duduk BEST WESTERN HOTEL. Sebab dekat ngan Mangga Dua. Dekat jugak dengan Mangga Square.Boleh jalan kaki atau naik bajaj. Makan pun sedap-sedap belaka kat hotel ni terutamanya spaghetti. Fuhh!! terangkat beb. Kalau dulu kami duduk ASTON MARINA. Memanglah lagik best tapi tu hotel berstar-star…hehehehehe…ditaja bolehlah kan….

11 thoughts on “Jakarta 2012 (Part 1)”

  1. patot saye rase pelik je bile kakak saya ni ckp nk balik umah..tp kat KL sentral..
    ade sedikit pelik disitu…
    rupe2nye…sabo jela..
    ole2 tuk sy ade x?? 🙂

  2. uish kalau ditaja mmg rugi bangatlah alin kalau tak pergi kan.ehehe.bila la ratu nak sampai indun ni.baru sampai batam je 🙂 cantik mmg hotel tu…mahal tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge